Want your
own Fotopage?






 
dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jan-2008 08:43 Email | Share | Bookmark
Cuti-cuti ke Jakarta-Bandung 2008 - part 1

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
16 Januari lepas aku dan Fizah selamat sampai ke Jakarta setelah 3 bulan merancang percutian kami ke sana. Aku yang sebelum ni agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, rasa lepas tension jugak lah sebab dapat bercuti dengan tambang murah nih.

Kami pergi selama 4 hari 3 malam. 15 Januari tu kami dah hantar Arong ke hostelnya di TTDI. Agak sedih meninggalkan Arong di petshop tu, tapi apa nak buat. Kalau boleh bawak, kami akan bawak. Malam tu kami tumpang tidur di rumah kawan di Kerinchi sebab esoknya pagi2 kami akan ambil teksi ke KL Sentral untuk menaiki bas pula ke LCCT.

Pagi 16 Januari, selepas solat subuh, aku dan Fizah dengan backpack dibahu, lagak seperti peserta Amazing Race, memulakan perjalanan kami. Teksi amat mudah di Kerinchi, begitu juga bas di KL Sentral. Sampai di LCCT kami breakfast roti yang dibeli semalam.

Flight kami pukul 9.50am dan kami sampai ke Jakarta jam 1050am waktu Indonesia. Kenapa turun Jakarta bukan di Bandung ? Aku sebenarnya ingin menjejakkan kaki ke Jakarta, tetapi mahu jalan2 di Bandung. Maka, sampai sahaja kami di airport, kami diserbu oleh pemilik2 teksi untuk mendapatkan pelanggan. Agak menyerabutkan, dan kami tolak layanan dengan lembut. Kami hanya memilih teksi Bluebird yang bermeter untuk meneruskan perjalanan ke Stasiun Gambir, Jakarta. Sampai disana kami beli tiket keretapi kelas esekutif, Argo Gede, dengan tambang lebih kurang RM28 ke Bandung. Kami terus menikmati makan tengahari Bakso Spesial dan Teh Botol amat yang popular di sana. Sedap bangat bu !

Banyak benda baru boleh kami lihat melalui perjalanan ini. Rumah dan kedai yang amat dekat dengan landasan keretapi, kanak2 yang tak takut melintas landasan, pemandangan sawah padi huma yang begitu menakjubkan, perjalanan keretapi diatas landasan tergantung dan pelbagai macam lagi. Memang aku rasa tak rugi dengan bayaran tambanga serta perjalanan 3 jam dari Jakarta ke Bandung ini.

Sampai di Bandung, jam sudahpun menunjukkan pukul 5.30pm. Kami ambil teksi ke hotel dan berehat sebentar. Selepas merehatkan badan, kami terus jalan2 disekitar hotel. Ada pula pasar malam dikawasan sekitar tu. Ramai penjual dari pembeli. Dan juga ramai pengemis, terutama kanak2. Kesian memang kesian, tapi kami keberatan untuk memberi takut pula nanti akan diserbu oleh sedozen pengemis lain. Maka kami terus naik ke yogya mall untuk menikmati makan malam. Harga agak reasonable, maklumlah makan kat mall. Kami juga sempat membeli air mineral dan jajan lain sebagai bekalan di hotel. Kaki dah pun lenguh, badan dah pun penat, kami terus pulang ke hotel untuk berehat.

Tunggu sambungan seterusnya.......


dalam flight


jakarta dari atas


bakso yang sedap dan teh botol yang popular


dalam keretapi Argo Gede yang selesa


dari dalam dalam keretapi


makan malam di yogya mall, mee dan air avocado


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net