dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 2-Aug-2006 02:44 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Genting 2006

 
 
 
View all 12 photos...
Tarikh : 23 Julai 2006
Lokasi : Genting Highland
Aktiviti : Tengok Magic Show kat Genting


Beberapa bulan lepas aku pun lupa aku jual apa, tapi aku dapat satu voucher free bermalam di Genting Highland sambil menyaksikan Magic Show - Mysteria Believe The Impossible.

http://www.genting.com.my/en/live_ent/2006/mysteria/index.htm

Pertama kali aku tengok LIVE magic show nih, sebelum ni tengok kat tv je. Mmmm.. tak payah tipu ler... nampak sangat penipunya... kehkehkeh... Yang best tengok akrobatik cina... Perghhh... takde tulang belakang ke masing2 ni... Hehehe... Tapi mintak maaf la ye, gambar tak boleh diambil pun... Drp kena rampas kamera aku nih, baik aku tengok dgn mata je...

Semalaman je aku pergi Genting, ye lah dah vouchernya semalaman saja. Kali ni aku tak masuk pun Theme Park. Malas lah, bukan nak main pun. Ingat nak masuk Ripleys - nak tengok Pontianak, tapi rasa takut lak... so end up, kami jalan2 je laa... sambil menikmati suasana yang sejukkkk.... ala2 oversea gitu... maklumlaaaa orang tak pernah pegi oversea, pergi je la Genting ni.... haiii... bilala nak pergi negara omputeh nih, ingatkan Aini dapat blajar kat belah2 sana tapi rezekinya di Sulawesi aje... Takpela, mana2 pun sama je... ciksue akan pergi jugak satu hari nanti....




mmmm.... nak masuk ke tak yer...


ada berani kaaaaaaa....


ehemmm... ok tak spek baru aku... kehkeh..


Wednesday, 26-Jul-2006 08:08 Email | Share | | Bookmark
Cineleisure Damansara

 
 
 
Hari-hari aku melalui Cineleisure Damansara, sekali waktu pagi dan sekali lagi waktu petang. Kadang tu empat kali sehari atau lebih. Ye lah, dah aku duduk area tu. Dari tanah kosong yang penuh dengan debu, kalau hujan siap dengan pakej selut lagi sampailah sekarang jalan yang elok dan penuh dengan kereta... Jam wehhh... Tak larat betul, pagi petang tak kira masa, asyik banyak je kereta atas jalan. Rakyat Malaysia banyak duit, tambah pulak harga kereta yang mampu dimiliki oleh semua. Teringin pulak nak bawak motor, takdelah sangkut dalam kesesakan jalanraya... tapi kaki aku tak sampai...

Dah beberapa minggu dibuka, barulah aku berkesempatan menjejakkan kaki ke Cineleisure ni. Aku tengok Captain Jack Sparrow kat sana. Best giler, cerita dan tempatnya yang selesa. Aku bukanlah kaki panggung, biasa aku tengok DVD je tapi aku tak sabar nak tggu DVD Pirates of the Caribbean ni clear, lagi pulak ada orang nak belanja, apa lagi.....

Kalau pergi hari Sabtu, bolehla jalan2 kat the Street, Curve Damansara. Kalau aku, sekadar tengok2 je la, sebab barang yg dijual tu bukan taste aku dan mahal lak tu. Tak tau la org lain... sebab aku punya bajet pasar malam je.....


jom lepak kat sini


tempat org damansara berbelanja..... tolak aku


Friday, 21-Jul-2006 08:24 Email | Share | | Bookmark
Baru dan Lama

 
 
 
View all 4 photos...
Minggu lepas housemate aku yang sorang nih beli notebook..... Tahniah weihhh !!! Aku tumpang gembira sebab bolehla aku ngendeng nak pakai... . Fizah, aku doakan semoga business yang kau ceburi ni bertambah maju. Kita sama-sama usahakan yer... Time aku buat sales, kaulah kelendanku. Time kau jumpa customer kau, akulah drebar kau... muahahaha... muafakat betul... janji komisyen masyukkkk... hehehe....

Apa lagi yang baru ? Oh ya, aku baru beli Olay Total Effects... Huyooo... Tetiba menjaga kecantikan... Takde kena mengena dengan CT, walaupun aku minat kat dia, tapi aku tak puashati dengan pilihan hatinya... Tak perlu diulas lanjut pasal ni, boring yang amat... Tapi aku pakai Olay ni bukan apa, teringin gak mencubanya.. Mana tau pasni bila aku pegi kedai orang akan panggil aku 'Adik' lak instead of 'Kak'. Perasan giler....

Yang lama ? Honda 1998 aku tu ler.... Aku masih memilikinya.... Akhir bulan depan roadtax mau mati. Bermakna ini kali ke-3 aku renew roadtax Honda aku tu.... Mmmm... Duit lagi... Tukar kereta ? Tak kot... Aku sayang kereta aku ni, tunggula bbrp tahun lagi....


ehem.. nak pinjam bole tak...


kalau pakai ni bole dapat dato' gak ke


salesgirl merangkap despatch merangkap drebar


Tuesday, 18-Jul-2006 03:31 Email | Share | | Bookmark
Aksi Arong

 
 
 
View all 9 photos...
Arong dah berusia 4 bulan. Sejak Areng mati dilanggar kereta, hanya Arong penyeri rumah kami. Sejak dari itu juga, Arong kami kurung dalam rumah setiap hari kami keluar kerja atau ke tempat lain. Fizah dah takut untuk melalui peristiwa yang pernah berlaku pada Areng. Sampai hari ni pun kami masih ingatkan Areng.

Arong sekarang dah besar. Masa kami kerja, Arong takde keje lain melainkan tido, makan dan main plastik. Ya, Arong suka main plastik kecil yang disimpul dua. Plastik kegemarannya ialah plastik Guardian. Sampai buruk plastik tu dimainnya. Yang seronok, bila kami campak plastik tu, Arong akan kejar, dan dia akan gonggong plastik tu pada kami balik supaya kami campak balik plastik tu, dan dia akan kejar balik.

Kesian pun ada tengok Arong ni. Takde kawan kucing lain. Ada la kucing lain yang merayau-rayau sekitar rumah kami, tapi semua macam tanak kawan je dengan Arong ni. Nak gaduh ada la. Takpelah Arong, kawan dengan tuan kau sudah laaa....

Setiap malam Arong akan tidur bersama dalam bilik kami. Kadang tu dia akan main-main dgn kaki kami dulu. Subuhnya, Arong akan kejut kami bangun samada mengiau ataupun bermain2 atas katil kami. Kemudian aku akan letakkan Arong kat luar supaya dia main-main kat tanah. Sebelum pergi kerja, kami akan ambil Arong bawak naik rumah. Dan Arong akan ditinggalkan dalam rumah sepanjang masa kami bekerja. Petang lepas habis bekerja, bila kami sampai rumah, kami akan memanggil Arong. Maka akan kedengaranlah loceng Arong berlari sambil mengiau. Masa untuk Arong main kat bawah sampai maghrib baru naik semula. Begitulah rutinnya. Dan aku seronok melalui rutin ini......


jomla kawan dengan saya


takde kawan, saya main dengan pokok lah...


dah main kat bawah, saya bersihkan diri sendiri... saya mandi sebulan sekali tau, sebab saya takut air


saya dah ngantuk... inilah tempat tidur saya....


Friday, 14-Jul-2006 07:27 Email | Share | | Bookmark
Pendaftaran Matrikulasi UIA

 
 
 
View all 12 photos...
Tarikh : 2 Julai 06
Tempat : Pusat Matrikulasi UIA, PJ
Aktiviti : Pendaftaran Pelajar Baru


Dah dekat 2 minggu Iqah (adik Fizah) daftar masuk ke Matrikulasi UIA dlm bidang Engineering. Tapi last week bila dia datang bermalam ke rumah aku, dia bagitau yang dia dahpun tukar course, ambik Law pulak.

Aku memang suka pergi tempat2 register kemasukan student baru ni. Tak kira la kat mana sekalipun, tapi aku suka. Orang kata penatlah, panaslah. Memanglah.. Tapi tak tau kenapa, aku tak kisah semua tu. Keseronokan tu datang sendiri walaupun terpaksa menunggu bawah kemah untuk beberapa jam, jalan kaki usung beg dan barang2 lain, tapi aku suka. Sebab tu setiap kali adik2 Fizah register masuk matrik/univ, aku rasa aku nak ikut. Aku takde adik, so menumpang adik2 orang je la.. Adik2 Fizah tu pun dah aku rasa bukan orang lain, macam adik2 aku sendiri gak.

Aku teringat masa aku mula register masuk matrik dulu. Dah lama dah... Malu nak sebut tahun berapa, nanti terpengsan lak orang.. . Aku ingat dulu Bak aku hantar ke Pusat Matrikulasi UUM di Sintok hanya menaiki bas. Yelah, kitorang bukan orang senang. Kalau sekarang, aku tengok ibubapa hantar anak2 naik kereta, tak cukup sebuah lak tu, siap ada escort lagi... kalau dibilang org yang menghantar, adalah sekampung gak . Berbalik pada cerita aku, kami bertolak dari KB ke Alor Star naik bas malam. Pagi esoknya baru sampai. Pastu naik lak bas bandar dari Alor Star ke Sintok yg memakan masa sejam. Dahla berbaju kurung, dengan beg yang besar dan berat. Macam2 aku bawak, maklumla aku tak pernah masuk skolah asrama. Sampai kat UUM, senior tolong angkat beg. Depan Bak aku jer, sebab lepas tu 'kau angkutla beg kau sendiri!' .

Aku suka ingat kisah matrik aku... Ada la cerita disebaliknya tuu....


selamat datang


pembakar semangat


iqah


iqah : bye kak lang
wadah : bye... jangan nangis tau (dalam hati kak lang lak yang sedih)



[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net