dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Monday, 4-Sep-2006 03:46 Email | Share | | Bookmark
Akhirnya... Selamat Maju Jaya Kakni

buat call utk ayah tercinta
makan dulu di nilai
aduh.. terlebih muatan
View all 17 photos...
Tarikh : 24-8-06
Lokasi : KLIA


Akhirnya... Masa yang ditunggu tiba juga. Masa untuk Aini menaiki pesawat, meninggalkan keluarga dan negara, demi melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di Universitas Hasanuddin, Sulawesi Indonesia.

Ada bbrp org tanya aku, kenapa Indon ? Well, dah rezekinya disitu, maka disitulah dia akan melanjutkan pelajarannya. Sblm ni memang kami semua berangan nak makan angin ke Australia kalau dia dapat tempat kat sana, tapi bila KUTPM memanggilnya untuk kursus dan interview dan akhirnya lulus, maka apa yang dapat dahulu itulah yang disambarnya. Ada org tanya, berapa result IB dia ? Walaupun tak boleh berbangga melanjutkan pelajaran ke Ireland, tapi sekurang2nya kami sekeluarga amat berbangga kerana Kakni adalah orang pertama dalam keluarga yang mengambil jurusan perubatan. Tak kisah la Kakni kat mana pun, macam apa yang kita pernah katakan dulu, kalau dah jadi doktor, pesakit tak akan tanya "Berapa result IB doktor dulu ?" sebelum menyatakan persetujuan untuk dirawat atau tidak. Tapi berjanjilah Kakni, pada Ciksue dan keluarga kita, Kakni akan pulang semula dgn segulung ijazah yang bakal membuatkan kita semua berbangga dgn pencapaian Kakni, bukannya pulang dengan lelaki Indon sbg pasangan pulak....


yeah yeah... inilah masanya


bersama rakan2 seperjuangan


percaya pada diri dengan harapan dan keyakinan


bye bye semua... raya ni kakni di Indon, insyaAllah jumpa lagi bulan 2 thn dpn



Monday, 21-Aug-2006 01:32 Email | Share | | Bookmark
Aku Nak Rehat

 
 
Sejak kebelakangan ni memang aku sibuk yang amat, tapi sempat lagi tu mencelah masuk FP aku & kawan2 yang lain... heheh.. Ya, sibuk yang amat mengalahkan CT menguruskan majlis perkahwinannya yang BAJET Cinderella, BAJET Lady D tu... Huh... Alangkah baiknya kalau puluhan juta ringgit yang diperuntukkan untuk majlis selama beberapa hari itu sahaja disedekahkan kepada mereka yang lebih memerlukan... Pengajian Aini untuk kursus perubatan di Indonesia selama 5 tahun pun baru RM200k lebih, kalau student macam Phalinn http://phalinn.fotopages.com/ agaknya dapatlah dalam RM700-900k lebih (kalau lebih lagi sila perbetulkan) Fikirkan... dengan perbelanjaan mencecah 30juta tu, berapa ramai student Malaysia yang dapat kita tanggung.... Subhanallah, cuba fikirkan berapa banyak pahala yang dapat tu... Mmm... cakap lebih pun tak guna, bukannya duit aku...

Minggu lepas Bak dan Ma datang KL untuk menghantar cucu sulung ke KLIA pada 24hb ni. Weekend lepas aku ke Muar lagi. Sempat juga makan durian, langsat, pulasan... Mmmm sedapnya... Minggu lepas juga kaki aku patah, bukan kaki betul tapi kereta aku ler... Teruk jugak rosaknya, siap buat top overhaul lagi... Zaasss aku hulur kad kredit... Mana mau cari cash, dalam bank ader la.. tu pun bukan akaun aku, tapi akaun orang lain.


kos buku2 Aini untuk Thn 1 mencecah RM800


masih ada rakyat M'sia tiada letrik dirumah mereka... jika anda lebih dari upaya, bantulah mereka....
gambar ni diambil masa rumah aku blackout haritu, bukannya rumah aku takde letrik ye



Wednesday, 16-Aug-2006 02:19 Email | Share | | Bookmark
Majlis Penyampaian Sijil KMB

 
 
 
View all 7 photos...
Tarikh : 5 Ogos 2006
Lokasi : Hotel Marriott Putrajaya
Agenda : Majlis Penyampaian Sijil Kolej MARA Banting Sesi 2004-2006


Kebelakangan ni aku agak sibuk. Sibuk dengan kerja dipejabat dan sibuk menolong anak buah aku, Aini, ke sana sini bagi menyelesaikan urusannya melanjutkan pelajaran ke Universitas Hassanuddin, Sulawesi pada minggu hadapan. Keputusan untuk melanjutkan pelajaran tu dah lama diketahui. Jadual asal perjalanan pada 18hb ni, tapi sebab MARA lambat mengeluarkan surat, maka pelajar2 yang telah mendapat tempat ni terpaksa menunda tarikh penerbangan mereka pada 23hb Ogos. Apa yang staff diorang buat pun aku tak tau, ingat kita ni robot ke nak siapkan segala kelengkapan dalam masa seminggu. Gila betul, tapi memandangkan merekalah yang akan menaja, terima ajelaaa....

Agak kelam kabut aku dan Aini. Dalam satu hari nak siapkan passport, berkejar ke Kedutaan Indonesia yang penuh dengan pekerja2 indonesia, dengan tiada tempat parking kereta di sekitarnya.. Kejar ke Muar pada hari minggu untuk urusan medical check-up, balik semula ke KL untuk ambil surat tawaran, kejar ke kedutaan lagi untuk visa dan pelbagai hal lagi. Fuuhhh... memang memenatkan. Tapi... ciksue tak kesahhh....

Kalau diingat zaman aku dulu, ada la masa 2 minggu untuk siapkan semua benda. Tapi aku tak kisah sangat, sebab aku belajar pun dalam negara je. Result cukup2 makan, belajar je la kat UUM tu. Masa graduasi Aini yang lepas, dia ada kata dia rasa rendah diri dengan kawan2 lain sebab result IB dia tu sekadar lepas untuk scholar MARA je. Aku kata buat apa nak banding diri dengan orang lain. Itu dah kemampuan kita, bukannya kita tak usaha. Aku nasihatkannya supaya mempertingkatkan lagi usaha di masa akan datang. Harap dia akan pulang dengan kejayaan, InsyaAllah !


tahniah untuk Aini daripada ciksue dan kak Fizah


hari graduasi KMB 2006


bakal pelajar medic


terima kasih CikPah untuk mekap disubuh hari

warna asal alas meja dan langsir adalah warna krim, taktau kenapa bila shot habis jadi satu warna dengan baju lak


Thursday, 10-Aug-2006 07:58 Email | Share | | Bookmark
Karnival Tanglung Asia 2006 v.2

 
 
 
View all 12 photos...
sambungan dari entry semalam.....

Aku paling suka tengok naga yang diorang buat ni. Memang unik dan cantik sangat. Dibina naga daripada pinggan mangkuk, sudu garfu abis diletaknya kat situ. Memang cantik dan unik sangat. Aku terpegun dan memikirkan berapa lama agaknya diorang ni ambil masa nak siapkan naga ni...


naga yang paling berjaya menarik minat aku


kemas betul susunannya


dekat : tanglung payung, jauh : tanglung klcc


bangunan sultan abd samad


jbtn perdana menteri pun ada


masjid shah alam


Wednesday, 9-Aug-2006 04:09 Email | Share | | Bookmark
Karnival Tanglung Asia 2006 v.1

 
 
 
View all 10 photos...
Tarikh : 27 Julai 2006
Lokasi : Stadium Bukit Jalil
Aktiviti : Tengok tanglung


Bulan lepas aku dapat panggilan telefon dari Astro bagi menyaksikan rakaman Dari Studio 1 Siti Nurhaliza. Kalau ikutkan minat, memang aku minat kat CT nih, cuma aku tak berapa suka dgn pilihannya. Tu yang kadang rasa menyampah pun ada, tapi sebab dah lama minat, pergi la jugak aku dan Fizah ke Astro. Komen pasal nyanyian, memang best dan rakaman hanya sekali sahaja !

Balik dari tengok CT, melalui stadium bukit jalil, aku nampak ada cahaya yang cantik disekitarnya. Rupa-rupanya tengah berlangsung Karnival Tanglung Asia 2006. Jam kat tangan dah pukul 11 malam. So, aku pakat dengan Fizah untuk pergi malam esoknya. Ini kali pertama aku tengok karnival tanglung camgini. Kagum jugak aku tengok seni membuat tanglung ni. Yang aku tahu kalau tanglung tu mesti warna merah dan bulat je, rupa-rupanya KLCC pun boleh dijadikan tanglung. Hebat betul. Tapi sayang sebab aku pergi sana sejam saja, kecewa juga bila dekat pukul 12 tu masa aku nak ambil gambar, tetiba lampu semua dipadamkan. Nasib baik banyak juga gambar yang aku dah ambil sebelum tu.

Kalau ada lagi karnival seumpama ni memang best untuk dilihat. Boleh pergi dan ambil gambar lagi. Terima kasih Fizah, kerana memaksa aku membawa tripod bersama. Kalau tak, mesti gambar aku nampak blur....


hanya tanglung berbentuk ini yang paling aku kenali


snow white & the seven dwarf


rumah kucing


laluan penuh lampu


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net