dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 18-Oct-2006 13:04 Email | Share | | Bookmark
Yang Di Tunggu Dah Tiba, Selamat Hari Raya

nik ahmad adam
hari ke-3
hari ke-4 sebiji muka kakni
View all 6 photos...
Nama : Nik Ahmad Adam
Tarikh lahir : 12 Oktober 2006

Entry kali ni ditujukan khas buat Kakni yg tak balik raya, buat kali pertama beraya di Universitas Hasanuddin, Indonesia.

Kakni, Cik dah selamat melahirkan baby boy pada hari Khamis minggu lalu di Klinik Swasta Dr Ng. Awalnya cik dijangka akan bersalin pada 16hb, tapi cik sakit awal, maka cik menjalani operation pada 12hb. Ciksue tak sempat turun ke Muar pada hari operation kerana banyak pula kerja yang tak dapat ditinggalkan pada hari tersebut. Agak ralat rasanya. Alhamdulillah, cik dan baby selamat. Tahniah untuk cik dan we kerana dapat anak lelaki. Tahniah untuk Kakni , Ajim, Amin dan Aida kerana dapat adik bongsu. 15 tahun gelaran bongsu Aida dah dirampas. Hehehe.. Ciksue maintain bongsu.. Jangan jealous !

Sebelum lahir, ramai yang nak namakan baby ni. We nak nama Azif (macam sama je dengan nama We, Aziz.. Hehehe), Aida nak nama Azmi (klasiknya), Bak pulak Azam (adik Azim.. Hehehe), kakni sendiri Aidil ye, and last sekali ciksue's choice : Adam. Nampaknya cik dan we Afundi Adam. Hehehe.. Kembang lubang hidung ciksue. Biarlah tak ada anak sendiri pun, menumpang kasih dengan anak buah jadilah..

Kenapa ciksue pilih nama Adam ? Tak ada jawapan yang spesifik sebenarnya, cuma ciksue memang dah lama suka kat nama Adam sejak dari dulu lagi. Cuma takde jodoh, takde rezeki zuriat… ciksue hanya mampu menamakan Adam pada anak saudara saja. Kalau tak Kakni dah tentu ada sepupu yang bernama Adam… kehkeh… berangan…

Kakni… harini last ciksue bekerja sebelum bercuti panjang untuk pulang ke Kelantan bagi menyamput kedatangan Syawal. Agak sunyi tahun ni tanpa Kakni dan keluarga. Semacam tak ada serinya Syawal tahun ini. Ciksue hanya bersama Tok Bak dan Mama Tok di pagi raya. Tiada lagi lakunan tahunan kita seperti tahun2 lalu, yang mana Kakni dan adik2 berlakon dan ciksue tetap menjadi camerawoman tak bertauliah. Mmmm… seronoknya kalau diingat kembali kan. Tak apalah, insyaAllah tahun depan kita akan berkumpul semula kan. Tahun depan insyaAllah Adam akan berusia setahun. Mungkin akan nakal macam Kakni, Ajim, Amin dan Aida dulu. Teruklah korang melayan Adam nanti.. Hehe..

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA… untuk Kakni dan rakan2 di Indonesia… InsyaAllah jumpa lagi bulan Januari tahun depan…


SELAMAT HARI RAYA juga untuk rakan2 FP yang lain

nik ahmad adam - kalau tanya KakTi kenapa mata anak2 dia sepet, dia akan jawab sebab nenek dia cina


sebiji muka Kakni wei....


Adam nak cepat besar... jadi Adam minum susu 2 jam sekali


besar nanti Adam nak belajar oversea gak


Tuesday, 10-Oct-2006 06:16 Email | Share | | Bookmark
Mari Intai Dapur Ciksue

 
 
Yaaa... cik puan cik tuan sekelian... Harini kita bersama lagi dalam rancangan Mari Intai Dapur Ciksue.... Yeahhh... Aik kosong je dapur ciksue nih, heheh... Ni nak cerita, minggu sudah ciksue pergi beli belah kat hypermarket ni, ada jual ikan siakap RM3.99 seekor. Murah betul, ciksue pun terus ambil 2 ekor siakap sebesar lengan. Apalagi, ciksue pun teringin lah nak masak Siakap Goreng Pedas. Adik kakak sekelian, kita mulakan dengan bahan2nya ya...

Ikan Siakap
Bawang Putih diketuk
Bawang Besar dimayang
Cili Padi dipotong kecil
Serai dihiris
Cili Boh
Air Lada aka Sos Pencicah made in Pasar Khadijah Kota Bharu
Sos Tiram
Sos Sweet n Sour
Gula Garam secukup rasa

Cara2nya pula, mula2 kita goreng ikan siakap yang dilumur dgn tepung jagung dan sedikit garam. Apabila dah masak, kita angkat dan letak dalam pinggan siap2. Kemudian kita tumis bawang putih, bawang besar dan bila dah naik bau kita masukkan cili boh. Goreng garing dan kemudian masukkan serai, cili padi, air lada, sos tiram, sos sweet n sour, gula dan garam secukup rasa. Tambah air sedikit untuk dijadikan kuah. Bila dah gelegak sikit, angkat dan tuang kuah ke atas ikan tadi.

Begitulah tuan puan, adik kakak sekelian... Inilah hasilnya...... Siakap Pedas Togel istimewa dari Dapur Ciksue......

Sebenarnya untuk lebih mencantikkan, hiaskan ikan dengan daun salad, daun bawang / daun sup. Tapi sebab ciksue tak sempat nak beli barang2 hiasan, yang camgini pun kira ok ler...


slurrppp... kalau mkn kat restoren paling kurang pun mau rm25 nih...


Thursday, 5-Oct-2006 05:49 Email | Share | | Bookmark
Bebaskanlah

 
 
 
View all 4 photos...
Hari ini dah 12 hari kita berpuasa. Cepat benar rasanya masa berjalan. Hari-hari puasa aku masih padat dengan aktiviti harian. Tak selega tahun lepas. Tahun lepas banyak juga masa untuk aku surf internet. Bulan puasa, aku cari resepi ajelah. Sebab tu tahun lepas aku banyak masa masukkan entry hasil masakan aku. Tahun ni pun aku masak juga. Cuma tak sempat nak main2 ambil gambar, dan posting dalam FP ni.

Tapi tahun ni aku masak dengan Fizah. Tahun lepas aku sorang je kat dapur, maklumlah Fizah masih lagi kerja. Sekarang dia dah buat freelance, jadi masanya banyak dirumah la. Kami lebih suka masak sendiri daripada membazirkan duit membeli makanan di bazar ramadhan. Melainkan tak sempat sangat, atau penat sangat barulah kami beli.

Isnin ni KakTi akan menjalani operation bagi melahirkan anak bongsunya. Bongsu ke, ye kot sebab KakTi pun dah 44 tahun. Agak bahaya kan untuk bersalin. Betul ke tuan doktor? Makanya, minggu ni aku akan turun ke Muarlah jawabnya. Kebetulan pula kakni ada kirim tudung untuk dihantar ke Indonesia. Kat sana takde jual tudung kain bawal katanya. Mmm... Sedap pula teringat bawal masak masam manis semalam..

Puasa ke ? Ishk, tentulah..bukannya budak2 lagi. Teringat pula masa zaman kanak2 dulu. Aku start puasa masa darjah 1. Tapi tak penuh pun. Naik darjah 2, bak janji kalau aku puasa penuh, bak akan belikan aku game nintendo. Masatu baru keluar game macamtu. Siapa yang ada kira hebatlah. Sebelum tu aku pinjam je dengan kawan2 kat sekolah. Tapi tahun tu bak belikan aku game Snoopy. Best siot, aku main sampai lupa segalanya. Baca buku ? Lagilah aku lupa. Padahal puasa aku sebenarnya tak penuhpun. Pernah aku curi makan onde2 yang bak beli dari bazar ramadhan. Aku teguk air paip. Biasanya sambil2 mandi atau masa ambil air sembahyang, sempat juga aku hirup air. Jahatnya aku... Nakalnya aku… Anak sapa la ni ? Hehe.. Yang peliknya, takan bak n mak tak tahu onde2 tu dah terkurang ? Aku rasa mereka buat donno je.

Semua tu kenangan lama. Kenangan bulan puasa aku di zaman kanak2. Lama-kelamaan kesedaran datang sendiri. Tak ada yang susahpun untuk menahan lapar dan dahaga. Tambah lagi kita lakukannya sebagai satu ibadah. Tapi herankan masih ada orang dewasa yang tak puasa… Ruginya…


aku ingin terbang bebas...... hensem betul burung nih......


bebaskan.... aku tak mau jadi burung setem...


oi... sapa kata aku tak puasa......



Tuesday, 19-Sep-2006 05:00 Email | Share | | Bookmark
Lelaki Idaman

 
 
 
View all 4 photos...
Mereka inilah lelaki yang rapat dalam hidup aku. Ayahanda tercinta Bak, dan anak-anak saudara aku Azim dan Amin. Tiada lain, mungkin buat masa ini, masa akan datang tiada siapa yang tahu. Kenapa tiada lelaki lain ? Kalau aku kata serik, orang akan attack aku tak ? Orang akan kata aku tak sedar diri tak ? Orang akan kata aku perasan bagus tak tanpa lelaki ? Orang akan kata, mampu ke, boleh ke, tua esok macam mana ? Sejarah silam membuatkan aku terlalu berhati-hati malah kadang tu tak terfikir langsung untuk mencari pengganti. Katalah apa saja, tapi aku bahagia dgn hidup aku sekarang.

Kalau dulu selepas aku grad org slalu tanya aku, bila lagi.. bila lagi.. bila lagi... Tapi kini semua org diam, semua org dah tak berani untuk tanyakan aku lagi. Kejadian lalu membuatkan org tak berani. Bagus jugak tu. At least takdelah sibuk aku nak menjawab. Orang pun tau bukan salah aku. Bukan aku nak kata aku betul 100%, tapi dah buktinya ada, buat apa aku nak takut. Cerita apa ? Tak payahla... Malas nak cerita dah, biarlah luka lama terus kekal meninggalkan parutnya... biarlah rahsia... konon !


hero pujaan hatiku, yang tengah tu the best of all


bak dan amin, sapa lagi hensem ?




Saturday, 9-Sep-2006 04:29 Email | Share | | Bookmark
Konvo Hanif

wadah, fizah, iqah n ipah
satu family
 
View all 7 photos...
Tarikh : 27-8-06
Lokasi : UIA Gombak


Selesai saja urusan penghantaran Aini tempohari, kitorang sibuk pulak dengan konvo Hanif. Hanif ni adik Fizah, housemate aku. Aku kenal dia ni masa tu tak masuk matrik pun lagi. Anif slalu datang lepak rumah aku kalau dia takde keje time weekend dari dia masuk matrik sampailah sekarang. Aku pun dah anggap dia ni macam adik aku gak, mmm... gitulah orang takde adik, menumpang adik orang pun kira jadilah.. heheh...

Sekarang ni Anif keje sebagai engineer bahagian R&D di Perodua Rawang. Masa mula2 dpt keje haritu, aku dan Fizah selalu jugak la berulang alik ke rumah sewanya untuk menolongnya beli barang dan lain2 lagi. Rumah sewa area sana murah je, rumah teres setingkat baru RM230 sebulan. Tu yang dia duduk sorang je. Mmmm.. seronoknya...

Aku masih ingat lagi hari konvo aku dulu. Masa tu Bak, Ma dan Cik Moh aku ikut sekali. Cuaca kat luar dewan UUM panas terik, tapi aku gembira sangat. Bukan sebab aku pelajar cemerlang, aku lulus pun ala2 kadar je maklumla banyak main dari belajar.. hehe.. budak nakal la katakan, tapi aku rasa seronok dan bangga sebab aku berjaya menghabiskan pelajaran dlm main2 aku tu. Lepas grad dulu dalam 5 bulan gak aku menganggur, ke hulu hilir cari kerja, sampai dah hafal nak jawab interview macamana. Kebetulan pulak masa aku grad masa tu kerja makin susah. Makin hari makin nipis iklan kerja kat suratkhabar.

Itu dulu. Sekarang pun sama jugak. Kalau tak kena dengan course yang kita ambil, susah jugak nak kerja. Budak Business beribu2 yang grad setiap tahun. Last2 kerja salesman jual buku kanak2, kek dan lain2. Aku respek dengan budak2 yang buat sales macam gitu. Diorang ni memang kena muka tebal. Aku dulu nyaris terjebak. Aku pergi interview dengan matsaleh ni, tetiba dia kata 'Congratulation, I'll see you tomorrow'. Suka hati aku. Esoknya, aku datang kerja. Kena follow beberapa orang senior (kononnya), diorang akan tunjuk apa aku kena buat. Tengok2 diorang bawa aku ke kawasan perumahan di USJ, dan jual diskaun kupon. Separuh hari aku bertahan, pastu aku tipu kat senior tu kata aku kena balik, pakcik kawan aku sakit, dan aku tinggalkan kerja tu begitu saja. Beberapa kali jugak dia call rumah pakcik aku (masatu aku tumpang rumah pakcik aku), nak cakap dengan aku tapi aku suruh sepupu aku jawab kata aku dah balik kampung dapat kerja kat sana. Hehe..

Sekarang ni aku kerja pun buat sales jugak. Tapi takdela sampai tegur orang time makan, time orang jalan kat kaki lima, sales aku ialah dengan sediakan quotation, follow-up, jaga customer, masuk tender gomen dan seumpamanya. Seronok jugak sbb bukan susah pun, cuma kena pandai jaga hati orang, dan orang puas hati dengan service kita, insyaAllah rezeki masuk order tu akan ada.


byk dapat bunga tuuu


bersama family


kenangan... konvo UUM dgn MekPah dan MekJa


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net