dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 5-Dec-2006 02:07 Email | Share | | Bookmark
Kenduri di Bangi

pelamin
makan time
pasukan pengedar bunga telur
View all 24 photos...
Tarikh : 26 Nov 2006
Lokasi : Bandar Baru Bangi


Gambar kenduri kawen di Bangi lak.... (rumah Azril)
Berakhirlah siri majlis perkahwinan Aril & Fiza...
Semoga Bahagia ke anak cucu

Aku kena edit video lak... Huhu....


set kuning


merenung apa tu


masa untuk memotong kek


Wednesday, 29-Nov-2006 02:27 Email | Share | | Bookmark
Kenduri di rumah Fiza

doa sblm turun rumah
mengintai ye
kereta yg dipandu
View all 22 photos...
Tarikh : 19-11-06
Lokasi : Tmn Melawati

Masih gambar2 kenduri kahwin Azril & Fiza


jom kita bergerak


duduk bersanding


jgn tergigit jari..


Friday, 24-Nov-2006 02:40 Email | Share | | Bookmark
Hantaran

mas kahwin
sirih junjung
jam tangan
View all 12 photos...
Antara hantaran Azril & Fiza masa nikah 18-11 yg lepas....
Gambar2 persandingan akan menyusul minggu depan... (kalau sempat... )
Minggu ni aku busy, dengan majlis perkahwinan rumah Azril pulak.

Nota :
Fiza dan Fizah adalah orang yang berlainan... Fiza adalah isteri Azril... Fizah pulak adalah housemate aku yang masih single
Fizah... aku tulis ni bukan nak promo kau, tapi ada orang tersalah faham dgn entry aku yg lepas


jam tangan Fiza


gelang untuk majlis membatal air sembahyang


handbag, purse dan kasut


kemeja untuk Azril


senaskah Al-Quran, pergunakannya, jgn pula sekadar hiasan


talipinggang tu untuk dipakai ya, bukan untuk menyebat org lak


Tuesday, 21-Nov-2006 05:29 Email | Share | | Bookmark
Pak Pak Pong... Musim Kahwin Dah Tiba

bersiap utk bertolak
doa dulu
rombongan sampai ke masjid
View all 20 photos...
Acara : Majlis Akad Nikah Azril & Fiza
Tarikh : 18-11-2006
Tempat : Masjid Tmn Melawati


Akhirnya... Tempoh pertunangan selama 8 bulan berakhir dgn perkahwinan. Fiza sah menjadi isteri Azril pada malam minggu yang lepas. Aku ada tugas sepanjang majlis perkahwinan ini, sebagai tukang ambik video. Tapi aku nak try ambik gambar still, sebab tu aku serahkan tugas2 mengambil video kepada mybestpren Cik Fizah kita. Tenkiu my pren....

Gambar2 lain akan menyusul kemudian........ Ni baru gambar majlis akad nikahnya....


penantian satu penyiksaan


namun masanya sudah sampai


utk aku diijab kabulkan


alhamdulillah selesai


yang dirisaukan telah hilang


untuk abang


semoga bahagia ke anak cucu


Friday, 10-Nov-2006 07:26 Email | Share | | Bookmark
Yang Manis-manis Saja

 
 
 
Apa yang manis ? Kenangan ? Makanan ? Minuman ? Kencing ? Aishhh... tak nak lah akibat benda-benda manis tu tadi mengakibatkan diri terkena penyakit kencing manis. Tapi aku sukakan benda yang manis-manis saja. Tak kira lah kenangan, makanan atau minuman. Aku tak suka hidup dalam kenangan pahit, aku tak suka makan asam, aku tak suka minum kopi tawar. Jika ada kekurangan, aku akan tambah kemanisan kepada segala yang kurang. Akan aku jadikannya satu benda yang manis. Selagi tidak melebihi sukatan dan merbahaya kepada diri, aku akan elakkan.

Ya, aku gembira kerana hidup aku penuh dengan kenangan manis. Walaupun ada juga kepahitan disebaliknya, kenangan manis dapat memadam kenangan yang pahit. Kesannya, aku tidak pernah menyesali dengan apa yang telah dan pernah terjadi dalam hidup. Hidup aku sentiasa ceria. Tiada istilah murung. Sesekali tu adalah. Tipulah kalau aku kata aku tak pernah sedih, tak pernah marah, tak pernah menangis. Kalau tak, bukan manusia la aku. Badut pun boleh menangis kan... Tapi dalam kepahitan itu, aku sentiasa mengenang balik kemanisan hidup yang pernah dirasai. Kemanisan itu dapat menawarkan kepahitan diri. Sebab tu, sedih aku cuma 15 minit, marah aku cuma 10 minit, tangis aku pula 5 minit. Amboi... cerianya hidup aku...

Betul... hulurlah asam apa sekalipun, aku hanya makan untuk merasainya sahaja. Aku tak begitu meminatinya. Tapi kalau dihulur chocolate bar, gula-gula, mmmmm..... aku suka. Ada juga aku beli asam tapi asam yang aku suka, semuanya jenis yang manis, bukan yang terlalu masam atau terlalu masin. Kalau bawa kereta long distance, aku lebih suka beli nips/snickers dari beli asam masin. Itu yang dapat menghilangkan ngantuk.

Kalau orang tengok aku luaran, orang akan kata "patutla suka manis pun" . Katalah apa saja, kalau aiman tak kisah, aku pun tak kisah. Asalkan aku bahagia dengan gaya dan cara hidup aku, tak perlu difikirkan sangat kata-kata yang pahit keluar dari mulut orang lain.......

"SENYUM SOKMO"


kuih tradisional Kelantan - Buah Tanjung. Memang manis, aku suka makan bulan puasa saja.


kuih tradisional Kelantan - Jala Mas. Makanan raja-raja zaman dulu kala.


kuih tradisional Kelantan - Nekbat. Macam baulu, tapi perlu disira dengan air gula sebelum dimakan.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net