dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 12-Feb-2007 03:23 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti ke Beijing Hari Pertama

dari atas bas
makan sini
tgk akrobatik show
View all 15 photos...
Sebagai satu insentif jualan bagi tahun 2006, syarikat kami telah dihadiahkan 2 tiket penerbangan ke Beijing. Aku dan Kak Lin berlepas ke Beijing bersama 24 orang dari syarikat lain termasuk penganjur dan tourist guide. Alhamdulillah, walaupun aku bukan the best salesperson in town, tapi berkat usaha dan rezeki sales kami untuk tahun 2006, kami telah berjaya menepati kuota pihak penganjur. Harap2 tahun ni lepas kuota lagi la hendaknya...... Amin.....

1 Feb 2007
5.30am turun dari rumah ke KLIA, dlm perjalanan kereta aku dirempuh dari tepi belah kanan. Memandangkan baru pukul 5.30am, aku tak berani nak turun dari kereta. Iswara yang melanggar kereta aku teruk jugak aku tengok. Kereta aku rosak lampu kanan dan telahpun ditukar ke lampu baru sebab lampu lama dah patah dan tak boleh berfungsi. Cheh.. aku ingatkan boleh repair lagi.

6.30am check in & breakfast
8.45am berlepas ke Beijing
2.45pm tiba di Beijing Capita International Airport
5.30pm makan malam di Thai Banana Leaf Restaurant
7.30pm Acrobatic show di Kung Fu Theater
9.30pm Check in Holiday Inn Beijing Downtown

Suhu : -7° celcius....
Pertama kali dalam hidup aku merasa suhu bawah 0 darjah. Mak oiiii.... Sejuknyaaaaa...


5.30pm - masa di Beijing sama dgn Msia, tapi diorang cepat gelap...


menonton akrobatik show, ingatkan dpt tgk Jet Li...


tiada tandingan


hiasan dinding 1


hiasan dinding 2


Monday, 22-Jan-2007 04:46 Email | Share | | Bookmark
Warna-warna Malaysia, Floraton Bunga-bunga Cinta

 
 
 
View all 36 photos...
Tarikh : 20-01-2007
Lokasi : Dataran Merdeka
Acara : Floraton sempena TMM 2007


Tak pernah aku sampai ke Dataran Merdeka seawal pagi Sabtu lepas, untuk apa jua acara yang dianjurkan disitu. Hari Merdeka lagi lah, baik aku tengok perbarisan di tv saja daripada berpanas kat sana. Bagai mimpi dalam mimpi, aku dan Fizah sampai ke Dataran Merdeka dalam pukul 8.30 pagi setelah melilau cari parking free di kawasan terdekat, end up dgn parking berbayar RM8.50 kat CM (tu pun sebab jalan2 kat PS utk cuci mata lepas acara). Yang pasti, memang best....... sebab dapat tengok orang pakai baju dihiasi bunga-bunga, macam-macam rupa, macam-macam gaya. Kalau pakai hari biasa, mau kena heret ke pusat mental agaknya...

Sepanjang di sana, aku rasa betapa rugi selama ini aku tak pernah ikut mana2 acara yg telah diadakan oleh kerajaan. Mungkin dulu-dulu tak ada kamera digital, dulu-dulu nak ambil gambar kos tinggi. Mana nak beli filem, mana nak cuci. Atau mungkin sebab aku tak suka bersesak dengan orang ramai. Memang ya, kalau aku pergi mana-mana, tengok ramai orang dan susah nak parking, aku balik rumah je. Orang yang tak faham, akan kecewa dengan aku. Sabtu lepas hujan gerimis. Jadi takdelah panas sangat. Dan orang pun tak ramai yang datang, yang ramai adalah jurugambar yang dahagakan shot yang menarik. Kurang promosi ? Kurang sambutan ? Macamana aku tahu dan aku nak pergi ? Mana rakyat Malaysia yang lain ? Atau adakah kerana sebab tak ada konsert, tak ada artis perempuan gelek atas pentas, maka muda-mudi tak suka datang ? Atau adakah mereka juga sama dengan aku, tak suka bersesak dengan orang ramai ? Mana yang ada masa tu, pergilah.. Seronok tengok warna warni negara kita yang sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Paling kurang dapat makan maggi free, dapat minum milo free. Eh, sedaplah milo haritu, teringat zaman sekolah dulu-dulu... semua orang beratur bila van milo datang bagi minuman percuma... hehe...

Sesiapa yg terlepas acara ni, boleh pegi Putrajaya 27hb ni sebab ada kereta berhias lak... huhuhu... Aku nak pegiiiii...


















Tuesday, 16-Jan-2007 08:46 Email | Share | | Bookmark
Bila umur dicampur satu

 
 
Harini umur aku dicampur 1 dari tahun lepas. Ya, harini adalah hari lahir aku. Hari tua ke ? Tak rasa tua pun.. Kehkeh, perasan muda sokmo adalah.. Kalau boleh diberhentikan masa biarlah usia aku kekal 26. Kenapa 26 ? Adakah sebab 27 telah mengubah segalanya dalam hidup aku ? Mungkin ya, mungkin tidak. Apapun keinginan manusia, hari tetap berganti hari, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun. Maka jika yang tadinya bernombor 26 akan dicampur 1, dan begitulah seterusnya.

Aku tak kata aku sekarang 27 tahun. Hahaha, kalau mereka yang mengenali aku mesti tergelak besar sebab tahu 26 perlu dicampur dengan beberapa bilangan 1. Tapi tak sampai 10 yer.. Heheh.. Ya, aku tak malu mengaku umur aku sekarang dah 34 tahun. Untuk apa malu, untuk apa berahsia sebab setiap tahun nombor ini akan tetap ditambah 1. Apapun nombornya, aku tetap bersyukur kehadrat Allah s.w.t. Setiap kali aku bangun dari tidur, aku bersyukur kerana masih berada dimuka bumi ini.

Aku bersyukur kerana masih mempunyai Bak, Ma, Kak Ti yang amat mengambil berat terhadap diri ini walaupun aku mampu menguruskannya sendiri. Aku bersyukur kerana mempunyai Fizah sebagai teman baik yang menceriakan hidup ini dan menemani aku ke mana sahaja. Aku bersyukur kerana mempunyai Aini, Azim, Amin, Aida dan Adam, sebagai anak-anak saudara yang begitu rapat dengan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai Arong, sebagai kucing kesayangan yang sentiasa menemani tidur dan mengejutkan tidurku setiap pagi. Aku bersyukur kerana masih dikelilingi kawan-kawan, ada yang baru aku kenali, ada yang bertahan lama sejak dari zaman persekolahan, kawan-kawan sepejabat, kawan kepada kawan dan kawan kepada kawan kepada kawan. Mak ai, yeke ramai benar kawan aku. Hehehe.. Dan aku bersyukur kerana aku adalah aku. Bukan ke kita perlu sayangkan diri sendiri sebelum menyayangi diri orang lain. Perlukah aku ada orang lain untuk disayangi selain dari mereka-mereka di atas ? Entahlah, aku rasa buat masa ini cukuplah mereka-mereka di atas kerana aku amat bahagia dengan mereka kehadiran mereka. Walau apapun orang lain fikir, mereka tak tau apa yang aku rasa sekarang. Mereka tak tau apa yang telah aku rasa sebelum ini. Apa kau rasa, oren ?



adakah hidup ini seperti pokok, ketika muda dan masih merimbun, hidup tidak pernah sunyi dari mereka-mereka yang ada disekeliling


dan ketika usianya sudah tua, ditinggal sepi sendirian....


Wednesday, 3-Jan-2007 07:57 Email | Share | | Bookmark
Tiga Hari Lahir di Awal Tahun Baru

aini
pzah
bak n amin
3 Januari 1986



Aini lahir di rumah Bak. Masa tu aku baru Form 1. Tangisan Aini memecah keheningan subuh. Yeahhh... Aku dapat anak saudara sulung. Anak sulung Kak Ti dan Abe Ziz. Cucu sulung Bak dan Arwah Mak. Cicit sulung Arwah Tok Wan. Hari tu semua orang gembira. Hari ni semua orang lagi gembira. Aini dah berusia 21 tahun. Dah besar panjang. Dah boleh kahwin. Dah boleh ada anak sendiri. Haiippp... Kakni... jangan nak gatal kawin awal ye...... habiskan dulu pelajaran, baru boleh fikir pasal tu.... (pesan dari Tok Bak... hehe..)
Di hari ulangtahun ke 21 ni, ciksue doakan Kakni dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan semoga dapat menamatkan pengajian dengan sempurna. Mau hadiah ke... Tunggu Kakni balik 2 minggu lagi la ye, nak pos serba salah.. nanti posmen kat sana songlap pulak... hehe...


4 Januari 1990



Amin dilahirkan di Muar. Amin tak sempat jumpa arwah Mak. Mak meninggal masa Kak Ti masih dalam pantang. 4 Januari 2007, Amin dah berusia 17 tahun. Tahun yang bakal menentukan hala tuju masa depan hidupnya. Ciksue hanya mendoakan Amin belajar bersungguh-sungguh, semoga SPM 2007 ni Amin dapat keputusan yang cemerlang dan melayakkan Amin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Tiada yang lebih bahagia melainkan kejayaan dalam pelajaran. Harap Amin suka dengan hadiah yang ciksue bagi haritu......


4 Januari 19xx (boleh iklan ke ni... )



Fizah aku kenali dari tahun 1999. Roomate & housemate yang cukup setia dan sekepala dengan aku. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang ada chemistry dengan aku sebegini. Aku suka. Aku gembira. Aku bahagia. Walaupun aku hidup single, tapi aku ada seseorang yang paling rapat dalam hidup dan memahami diri ini. Semasa aku dilanda krisis hidup yang amat besar dugaannya, dialah yang banyak membantu dan memberikan sokongan dan dorongan. Kawan ketawa senang dicari, kawan menangis hanya seorang... Saya doakan semoga awak dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki. Semoga business awak sekarang bertambah maju, saya akan menolong sedaya mampu. Tapi jangan lupa komisyen..... dua ploh persen......


Tuesday, 19-Dec-2006 07:42 Email | Share | | Bookmark
Layang-layang Terputus Talinya

 
 
 
View all 11 photos...
Semalam kucing tunggal kesayangan aku dan Fizah, Arong, hilang. Ke hulu ke hilir kami mencari. Macam layang-layang terputus talinya. Pening kepala kami dibuatnya. Biasanya kalau Arong turun, dia akan balik sendiri. Arong dah cerdik sekarang. Tambah lagi lepas operation haritu. Dia jadi makin manja. Kalau dia tak balik sendiri pun, dia akan ada di kawasan sekitar rumah kami. Paling jauh dia akan ke blok depan, itupun agaknya dia confuse sebab apartment kan sama je rupa bentuknya.

Tapi semalam, dari pukul 9 malam sampai pukul 1.30 pagi, Arong tidak kelihatan. Habis blok lain kami terjah. Habis tong sampah kami selongkar. Takutnya aku kalau terjumpa mayat Arong berlumuran darah akibat dilanggar kereta, sepertimana yang telah berlaku pada abangnya, Areng dahulu. Areng mati dilanggar oleh jiran yang sedikitpun tidak ada rasa bersalah dalam dirinya. Sampai harini, kata maaf pun tidak terkeluar dari mulutnya. Dalam hati aku berkata, janganlah ada Arong di dalam tong sampah ini. Bau busuk aku telan. Nasib baik tong sampah kami tidaklah sekotor mana. Betul… cuba cari tikus, memang tak jumpa seekor pun. Mana taknya, cleaner Indon hari-hari mencucinya.

Semalam banyak pula lipas berkeliaran seakan tau Arong tiada dikawasan sekitar. Arong memang suka main lipas. Kalau dia jumpa lipas kat bawah, dia akan gonggong naik ke atas. Arong tak makan lipas, dia sekadar bermain dengannya. Bila lipas tu dah tak bergerak, baru ditinggalkannya. Pagi semalam Arong merekodkan catatan peribadinya apabila berjaya menangkap seekor burung pipit. Sebenarnya hari-hari Arong akan mengendap dan mengejar burung-burung yang datang hinggap di pokok berhampiran. Tak pernah dapat seekor pun. Tapi semalam, Arong berjaya menangkap seekor. Seperti biasa, dia akan gonggong burung tu naik ke rumah. Hidup lagi. Aku kesian juga kat burung tu. Aku tak nak ajar Arong makan daging berdarah. Biarlah dia makan biskut Iams, biarlah dia makan ikan rebus, daripada dia belajar makan daging dan darah mentah binatang-binatan lain. Aku melepaskan burung pipit tu terbang semula. Semalam, aku menyesal. Kalau betul Arong dah tiada, kenapa aku tak biarkan saja dia makan burung tu. Mungkin itulah yang pertama dan terakhir buatnya. Tidaaaakkkk…….

Semalam, tidur kami terganggu. Tidur aku mimpikan Arong. Fizah kejap-kejap bangun ke jendela memanggil nama Arong. Kebiasaannya, Arong akan tidur bersama kami. Sebelum tidur, Arong akan manjakan dirinya bersama kami. Subuh kami tidak terlepas sejak ada Arong. Kadang tu pukul 5.30 pagi dia dah kejutkan kami. Pagi tadi aku rasa seperti Arong mengiau, mengejut aku untuk solat subuh. Aku buka mata, tapi Arong tiada. Subuh tadi aku berdoa pada Allah, panjangkanlah umur Arong. Aku masih tidak puas lagi bersama Arong. Bulan 3 ni, genap setahun usia Arong. Kalau ya Arong dah pergi, aku redha.

Pukul 7 pagi, aku dan Fizah kembali mencari. Aku tunggu Fizah di bawah. Hajat hati aku mahu meninjau blok depan dahulu. Fizah turun, mengelilingi tong sampah, tetiba dia menjerit nama Arong. Aku terkaku. Ya Allah, adakah Arong masih hidup atau Fizah ternampak mayatnya ? Aku melangkah perlahan. Gembira bercampur sedih bila aku nampak Arong disebalik pagar rumah kami. Cepat aku menarik Arong naik ke atas. Arong kesejukan. Arong kebasahan. Arong kelaparan. Dan air mata kegembiraan kami bercucuran bersama gerimis hujan……


Nota : Cerita dan gambar tiada kena mengena









[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net