dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 27-Mar-2007 08:08 Email | Share | | Bookmark
My Adam

 
 
 
View all 5 photos...
Gambar-gambar terbaru Adam, anak saudara bongsu yang aku sayangi. Adam dah 5 bulan. Adam dah makan nestum. Adam dah boleh meniarap. Adam oh Adam, cepatlah besar. Ciksue tak sabar nak tengok perkembangan Adam. Ciksue suka bau Adam yang masam bila bangun tidur, dan bau Adam yang wangi bila dah disapu bedak selepas mandi. Mata Adam bulat, macam mata Ciksue. Hehe.. nak jugak persamaan dengan Adam tu. Adam, besar nanti jangan nakal sangat ya. Nanti Ciksue cubit baru tau. Haippp.. sedapnya nak cubit anak orang...

Adam suka mandi


Adammmm... Tengok la sini, ciksue nak ambik gamba nih


Yeahhh.. Adam dah cumil


Thursday, 22-Mar-2007 03:14 Email | Share | | Bookmark
Lamanya tak update...

 
 
 
View all 4 photos...
Pada entry yang lepas, aku kena tagged oleh 2 kawan fotopages iaitu rai & chesakura. Tapi memandangkan aku agak sibuk dengan pelbagai tugasan, tak sempatlah aku nak update sekerap selalu. Oklah, berikut adalah 6 perkara pelik pasal diri aku.

1. Tulang. Kalau aku lipat pergelangan tangan kiri aku, ada satu tongkol tulang bulat terjojol keluar. Aku tak perasan sejak bila ianya mula menonjolkan diri, sebab selama yang aku ingat masa kecik dulu aku takde la pulak perasan kewujudan tulang bulat tuh. Dalam 5 tahun kebelakangan ni rasanya, setiap kali aku bengkokkan pergelangan tangan kiri ke bawah, maka nampaklah benjolan tulang tu. Aku rasa makin lama makin besar lak, sebab bila aku tengah taip kat keyboard ni pun aku boleh nampak kewujudan tulang tu.

2. Gadget. Aku sukakan gadget baru dipasaran. Aku suka tengok la, nak beli semua mana mampu. Kalau mampu, aku akan milikinya. Bila aku dah milikinya, aku akan main-main dengan gadget tu sampai orang tegur pun aku tak layan. Tapi seminggu tu je lah. Sebab lepas tu, gadget2 tu boleh didapati berterabur dalam bilik komputer, sampai nak caripun aku dah ingat mana aku letak.

3. Kereta. Aku suka bawak kereta. Tak tahu kenapa, tapi memang aku suka. Orang kata memenatkan. Memang la, tapi aku rasa ianya satu kepuasan. Sesetengah orang tak mampu drive KL-KB, tapi aku boleh aja. Bukan nak bangga diri, tapi ada sesetengah orang cakap dia pun bertukar driver. Sebab tu aku pernah cakap dengan Bak, kalau aku takde kerja memang aku nak jadi pemandu teksi je lah, boleh pusing bandar hari-hari.

4. Pendiam. Memang aku seorang yang tak banyak cakap. Aku sendiri pun tak tahu macamana nak buat lagi sedangkan umur aku ni pun dah pun semakin lanjut. Masa aku kecik dulu, abang aku pernah kata aku ni takut nak cakap sebab takut keluar emas dari mulut. Kalau boleh keluar emas, aku rela bercakap tanpa henti. Bila aku remaja, aku pernah tanya kat Ma. Kenapa ya aku ni diam. Ma kata dia dulu masa muda2 pun pendiam gak, bila dah dewasa nanti akan jadi sendiri suka bercakap dengan orang. Tapi sekarang aku dah lebih dari dewasa. Sama je. Orang tak kenal aku akan kata aku sombong. Tak tau la.

5. Tidur. Aku memang seorang yang senang tidur. Terutama sekali apabila aku menonton tv. Kalau ceritanya agak bosan, dan mata aku dah mula sekali tutup, mmm... nampak gaya, tv je lah tengok aku. Sesetengah orang ada yang susah nak lelap. Tapi aku, kalau dah baring atas katil, siap dengan kubu bantal, letak je kepala, baca Bismillah, terus hanyut...... Jadi, sesiapa yang suka berborak sebelum tidur tu, kira nasib koranglah kalau aku jawab atau tak ye...

6. Makan. Sama dengan tidur, aku memang senang makan. Eh, ada ke senang makan ? Hehe.. Maksud aku, aku boleh makan apa saja tapi semestinya kena ada tanda Halal dari JAKIM dulu. Boleh dikatakan aku tak cerewet dan terlampau memilih lah. Kalau benda tu sesuatu yang baru, aku rasa nak cuba walaupun kekadang ada gak rasa loya di tekak. Paling kurang, aku makan sikit, takdelah aku tak makan langsung. Tambah lagi kalau ada orang kata, eh.. jom pegi makan, aku belanja. Yang tu laaaaagi aku senang.


bergembira di pantai morib


aiskrim... aiskrim


mana mak ni, nak mintak duit beli eskrem laaaa


sejarah


Thursday, 22-Feb-2007 07:11 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti ke Beijing Hari Keempat (Akhir)

silk road
 
 
View all 10 photos...
4 feb 2007

9am
Shopping di Silk street, masa amat singkat untuk kami membeli belah. Tapi sempatlah beli apa2 yg patut untuk Bak, Ma, Kak Ti n family, Fizah, kawan2 terapat dan juga diri sendiri. Untuk kawan2 lain, maaf ibu bapa sekaliannn.... Aku tak penah lupa korang, cuma masa je tak sempat....

11.30am
Lunch di muslim restaurant.

12.30pm
Singgah Hard Rock Café, ada sorang member tu nak sangat singgah sini... dan aku sempat rembat t-shirt untuk diri sendiri sebagai kenangan.

1.30pm
Ke Beijing capita airport untuk check-in. Hand luggage aku kena bukak, ingatkan kenapa, rupanya sebab aku bawak mineral water. Siap bukak n cium lagi air mineral aku tu. Aku cakap kat mamat polis tu, kau ambikla kalu kau nak air tu. Pastu aku blah.

4.10pm
Bertolak pulang ke KL. Masa ni kepala aku memang berat yang amat, hidung aku dah sumbat. Dalam flight aku tidur aje, tak ambik kisah orang2 lain yang berbual. Tapi time peramugari datang bawak makanan, aku bangun dan makan laaaa...

10.30pm
Tiba KLIA. Masa aku melalui kastam, apesal makcik tu tak tegur orang lain ek... Tiba turn aku, aku tengok dia, dia tengok aku dan terus tanya, "ni dari mana ?". Aku jawab, "Beijing" sambil terus blah dari situ. Ches... buat aku gabra jerk... aku tanak beg aku kena geledah, satgi kena tax ke ape.. aduhhhh... baik xyah... kekeke...

Overall, aku puas ati sebab dapat melawat Beijing walaupun cuma 4 hari tapi penuh dengan aktiviti. Aku balik bersama batuk dan selsema..... Kes kurang minum air dan perubahan cuaca sejuk yang mendadak. Gila weh.. pertama kali aku rasa suhu bawah 0 darjah.... dan aku nak rasainya lagi....


Hard Rock Cafe Beijing


Depan hotel aku tidur selama 3 malam, Holiday Inn


Bersama tourist guide kami di Beijing, Sam Soon, tapi kami panggil dia Samsung...


Selamat Tahun Baru Cina


Monday, 19-Feb-2007 05:09 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti ke Beijing Hari Ketiga

 
 
 
View all 16 photos...
3 Feb 2007

8.00am
Ke Summer Palace, banyak tempat larangan bergambar macam ada satu batu tu batu bankrup namanya. Nak percaya sama banyak dengan tak sebenarnya, tapi sebab semua orang takut balik M'sia jatuh bankrup, maka aku pun tak ambik gambar jugalah kat situ... Hehe... Kat sini juga boleh tengok orang jual ubi kayu rebus atas basikal. Sayang, aku tak ambik gambarnya, sebenarnya aku takut nak keluarkan kamera. Hehe..

10am
I climbed The Great Wall. Chewah... konon je la sampai puncak, sebenarnya kat kakinya aja aku panjat. Giler weh, satu tangga nak kena panjat sama tinggi dengan lutut aku. Hehe.. So, aku dan mereka-mereka yang lain lepak bawah je la. Kat sini cuaca berangin dan teramatlah sejuknya. Kepala aku dah mula sakit. Dalam bas aku tidur aja.

12pm
Makan di non-halal restaurant. So kami yang muslim, jamu mata di Jed shop yang ada kat bawah restaurant tu ajalah.

2pm
Singgah sebentar di kilang ubat untuk dengar pasal ubat-ubatan yang popular di Beijing. Hanya satu kilang di sini dan ubat-ubatnya tidak boleh didapati dinegara lain. Ada koyok, ada krim luka & gatal2, ada ubat sinus dan lain2 lagi. Agak terhibur dengan farmasi yang bagi penerangan secara lawak dan selamba.

4pm
Melawat Silk shop. Sini tengok demo asal sutera dan lain2. Agak mahal kain sutera kat sini. Kepala makin berat, dan aku naik bas untuk berehat.

6pm
Masa untuk shopping, tapi masanya amat terhad. Sejam setengah aja ? Mana cukup. Dalam masa yang singkat ni, sempat beli sedikit buahtangan untuk family dan rakan terdekat saja.

8pm
Dinner - seafood.

10pm
Balik hotel untuk berehat. Kepala aku amat berat. Aku telan panadol lagi dan terus tidur.


Tasik dah bertukar menjadi ais di Summer Palace


Salah satu keajaiban dunia... I've climbed the Great Wall of China


Antara barang yang dijual


Hiasan


Sebelum


Selepas


Wednesday, 14-Feb-2007 06:27 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti ke Beijing Hari Kedua

sediakan tisu sblm masuk toilet
 
 
View all 23 photos...
Hari kedua, kitorang penuh dengan aktiviti melawat tempat-tempat bersejarah di bandar Beijing seperti Tiananmen Square, Forbidden City, dan Temple of Heaven. Tengahari tu, pihak penganjur makan kat Peking Duck Restaurant, tapi disebabkan ianya adalah non-halal restaurant, kami yang muslim ni makan roti kapit dengan sambal tumis ikan bilis dan nescafe panas yang dibawa bekal dari M'sia. Nescafe tu aku bancuh siap2 kat hotel la, jangan marah aku siap bawak termos lagi. Ada sorang mamat ni tegur kitorang, you all ni tak boleh tukar flavour makan ke, nak makan sambal tumis jugak ke. Inilah masalah orang tak faham halal haram. Malas nak argue dengan orang camgini. Kau makan jelah mamat, mungkin kau tak fikir kuali diorang tu pernah goreng daging tak halal ke.

Satu masalah kat Beijing ni ialah tandas. Walaupun tandasnya cuci dan bersih sebab sentiasa dijaga rapi oleh penjaga tandas, tapi semuanya takde paip air. Yup, i'm a kampung malay girl yang perlukan air untuk mencuci selepas 'melakukannya'. Itulah masalahnya. Untuk aku la, orang lain kalau selesa menggunakan tisu aja, itu hak individu. Tapi seriously, air paip teramatlah sejuknya seperti mencucuk tulang jari-jari ini. Cuaca memang sejuk, terutama sebelah malam, rasa macam nak gigil pun ada tapi selamba je lah.

Malam tu kami dibawa ke kawasan membeli-belah. Tak ubah macam Bukit Bintang di KL. Ramai juga orang kat sana. Tapi masanya amat suntuk, untuk membeli-belah dalam keadaan yang sejuk sebegitu ? Kepala aku dah mula berdenyut malam tu, dan 2 biji panadol telah aku telan sebaik saja aku sampai ke bilik hotel.

2 Feb 2007
Bfast megi dalam bilik
8.00am To Tianamen Square, Forbidden City
1pm Skip non-halal lunch (peking duck), kami makan roti jelah
2.30pm ke kedai mutiara
3.30pm ke Temple of Heaven
5pm To Summer Palace, tapi patah balik sebab kaunter tiket dah ditutup
6pm Dinner at halal restaurant with entertainment (tarian gelek)
8.30pm Shopping time
10pm Back to hotel


Tuan rumah sukan olimpik 2008


Tiada sampah


Bersama geng


Dalam Forbidden City


Berapa agaknya usia patung2 ni....


Bomba zaman dulu kala


Temple of Heaven


Malam di Beijing


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net