dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 12-Jun-2007 07:22 Email | Share | | Bookmark
My Adam 7 Bulan

 
 
 
View all 8 photos...
Cuti sekolah yang lepas Kak Ti dan keluarga datang lepak di rumah aku. Tidak ketinggalan, Adam yang dah pun berusia 7 bulan. Adam sekarang dah pandai merangkak, dah pandai berdiri. Isi badan Adam keras persis seorang athlete. Mungkin genetik bapanya, yang merupakan seorang pemain ping pong yang terhebat di MARA, masih tiada tandingan walaupun akan mececah usia 46 tahun minggu hadapan. Tapi aku rasa, Adam tidak akan menjadi ahli sukan sepenuh masa. Adam mungkin akan menjadi ahli korporat di masa akan datang dengan bimbingan ahli keluarganya yang pada masa ini semakin giat berkecimpung dalam bidang perniagaan. Mungkin kah ? Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Semoga aku masih ada disamping Adam pada masa dan ketika itu......

kredit to tukang ambik gambo : cik zah kita


Adam masuk majalah...


hik.. hik... cukenye dia...


adam, nanti datang lagi umah ciksue yee...


penatlah, tido dulu...


Thursday, 7-Jun-2007 09:12 Email | Share | | Bookmark
Selamat Datang, Ismail

mandi dgn nenek dulu
pakai baju
dah encem
View all 6 photos...
19 Mei 2007, Hajar dan Ibrahim telah dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Nu'man Ismail. Untuk makluman, Hajar ialah adik housemate aku, Fizah. Alhamdulillah, ibu dan anak sihat. Minggu lepas aku ikut Fizah balik Kuantan. Sempatlah aku ambik beberapa gambar ahli baru dalam keluarga ini.

baby ismail anak incik ibrahim dan puan hajar


"cepatlah ismail besor, cik ngoh nak beli menan byk2 nih"


Monday, 30-Apr-2007 04:38 Email | Share | | Bookmark
Office Trip KL-Penang-Langkawi Part 3

 
 
 
View all 6 photos...
Hari terakhir di Langkawi. Selepas sarapan, kami ingat nak naik kereta kabel. Tapi keadaan cuaca tak mengizinkan, kereta kabel ditutup sementara. Jadi kami menghabiskan masa di taman arnab. Kereta kabel dah boleh jalan. Ramai pula yang beratur. Tak apalah, janji boleh naik. Kali kedua aku naik kereta kabel ni. Masa turun ke bawah, kami sempat merakamkan gambar bukit-bukit yang membentuk rupa manusia. Mengikut cerita salah seorang pekerja di hotel, itulah rupa pahlawan Mat Chincang. Sejauh mana kebenaran, aku sendiri tak tahu. Aku rakamkan gambarnya disini.

Selepas makan tengahari, kami bertolak ke jeti. Sempat lagi diorang last minute shopping. Kenalah tunggu. Masanya untuk pulang. Feri terakhir kami ambil. Sampai di Kuala Kedah dah pukul 8.30pm. Penat pun ada. Berhenti solat dan basuh muka kemudia pekena dinner dulu sebelum drive balik ke KL. Aku drive separuh jalan. Ngantuk yang amat. Tukar dengan Fizah, dan alhamdulillah kami sampai KL pukul 4am. Sekian dulu. Tahun depan harap dapat pergi jauh lagi boss. Terima kasih daun keladi.


gunung mat chincang, membentuk rupa pahlawan mat chincang yang sedang baring


pemandangan dari atas
(1)


(2)


(3)


Friday, 20-Apr-2007 03:11 Email | Share | | Bookmark
Office Trip - KL-Penang-Langkawi Part 2

nasi goreng
ketam
hotel
View all 11 photos...
Esoknya, selepas sarapan di hotel, kami bertolak ke Kuala Kedah untuk menaiki feri ke Langkawi. Agak lewat kami sampai Kuala Kedah, maklumlah ada yang nak beli jeruk lah dulu di Penang. Di Kuala Kedah, jangan lupa pekena laksa dulu. Kami sampai Langkawi dah pukul 6.00pm. Boss sewa Nissan Serena, ngam-ngam kami bertujuh. Di Langkawi kami menginap di Oriental Inn yang terletak dikaki Gunung Mat Chinchang. Aku mulanya frust juga sebab pergi Langkawi tapi tak duduk dekat pantai. 2 tahun lepas aku duduk di Langkasuka, Pantai Chenang. Bilik dia besar berbanding yang ini, tapi bila fikir balik oklah sebab rasa suasana lain sikit. Lagipun dekat dengan stesyen kereta kabel. Apapun, aku lagi prefer duduk tepi pantai. Rugi beb, datang Langkawi tak mandi pantai. Malam tu kami dinner di Pantai Chenang. Apalagi, makan seafood la.

Masuk hari ketiga. Pagi kami breakfast nasi lemak berhampiran dengan hotel. Sedap betul sambal sotong makcik tu. Yang kelakar bila nak bayar, makcik tu tanyalah, berapa bungkus nasi lemak sotong, berapa bungkus nasi lemak kerang, berapa bungkus nasi lemak ikan bilis. Kitorang siap bilang lah siapa makan itu ini. Tapi bila kami tanya, makcik berapa harga untuk setiap nasi lemak ni. Dia kata semua sama, seringgit aja. Cheh, buat penat je kira tadi siapa makan nasi lemak lauk itu ini.

Bila perut dah kenyang, jom kita buat ke Tasik Dayang Bunting. Kali kedua aku ikut Island Hopping camni. Aku dan Fizah duduk depan bot. Berangan nak jadi Captain Jack Sparrow. Sampai di TDB, tak larat rasanya nak panjat bukit untuk ke tasik dia. Tapi sebab orang dah bayar, semangat je. Kalini aku tak celup kaki dalam air. Tapi main solar boat. Rm30 satu bot. Best, sebab free. Hehe. Lepas tu kami pergi tengok burung helang makan kulit ayam yang dibuang oleh pemandu bot. Tak ada apa yang menarik sebab burung helang tu dah kenyang, kata pemandu bot. Seterusnya kami dibawa ke Pantai Beras Basah. Sini bolehlah nak mandi. Kena hati-hati, sebab ada banyak beruk berkeliaran dan suka mencuri makanan pengunjung.

Selesai acara island hopping, kami lunch di gerai berhampiran. Balik hotel, aku dan Fizah sempat main-main dengan arnab. Satu kelainan hotel ini, ada taman arnab dan rusa. Masuk adalah percuma. Makanan boleh dibeli, RM1 je sepeket. Arnab-arnab ni jinak yang amat. Sama je dengan rusa. Sebelah taman arnab ni ada seekor gajah. Sesiapa nak naik belakang gajah, dan jalan-jalan di kawasan sekitar boleh aja. Tapi yang ini kena bayarlah. Mahal juga. RM25 sekali naik. Takpelah, tengok arnab pun ok juga.

Petang tu aktiviti membeli-belah. Aku bukan kaki shopping. Jadi, barang yang aku beli hanyalah souvenir untuk saudara terdekat. Untuk diri sendiri, aku beli kain batik sehelai dan coklat. Yahoo, peti ais aku penuh dengan coklat Langkawi sampai harini pun ada lagi. Tu la, haritu semua nak, tamak sangat. Hahaha. Boss aku dan KakLin beli barang banyak yang amat. Kalah orang nak berniaga. Ada yang kirim pun dibelikan juga. Bayangkan, Serena yang disewa tu penuh dengan barang-barang diorang kat tempat duduk belakang. Cuma 2 orang saja boleh duduk belakang. Jadi, kami kena balik naik teksi malam tu. Penat ikut diorang ni. Kaki aku pun dah sakit.

Malam tu kami dinner di Telaga Harbour, apalagi makan steak la. Balik hotel, perut kenyang yang amat, kaki pula sakit yang amat. Orang selalu sangat exercise macam ginilah. Hahaha. Nasib baik ada minyak gamat, boleh sapu kat betis ni. Tidur di Langkawi selepas melawat TDB amat menyeramkan. Aku tak tahu kenapa, tapi ni dah kali kedua aku alami. 2 tahun lepas, selepas pulang dari TDB, kaki aku pun sakit-sakit juga. Malam tu, Fizah kena kacau. Dia nampak something. Aku tak nampak. Tapi aku rasa gelisah. Tak pernah aku rasa segelisah malam tu. Dan aku rasa malam itu terlalu panjang untuk matahari terbit paginya. Hari itu, Fizah tidah dikacau. Alhamdulillah. Tapi aku dan Fizah rasa malam kami panjang. Kami tidur pukul 1 pagi. Aku tersedar pukul 2 pagi. Tapi aku rasa seperti dah tidur 6 jam. Aku sambung tidur. Sedar lagi. Baru pukul 4 pagi. Tidur lagi. 5.30 pagi. Dan Alhamdulillah, dah 6.30 pagi. Paginya aku bercerita dengan kawan bilik sebelah. Dia kata dia dengar orang berdengkur dibelakang dia, sedangkan dia tahu tiada orang tidur dibelakang dia, dan dia sedang berpaling pada rakan sebilik. Dia kata dia tak berani untuk menoleh. Jangan pandang belakang. Huhuhu… sungguh misteri.


hotel kami di Langkawi


jom naik boat


misteri


solar boat, tak payah kayuh




Quote:
Terbang Helang

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Membelahi angkasa
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau endah
Mengganas kau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri


Wednesday, 18-Apr-2007 07:40 Email | Share | | Bookmark
Office Trip - KL-Penang-Langkawi Part 1

welcome drinks
bilik 1
bilik 2
View all 8 photos...
Awal bulan April ini, office aku buat Annual Family Outing. Kalau tahun lepas kami ke Tiara Beach Resort di Port Dickson, tahun ini pula kami ke Pulau Langkawi. Paling best bila boss kami sporting giler tutup office 4 hari. Yahoo. Best betul. Memang cuti sakan lah. Tapi handphone aku berbunyi jugak. Masa orang bercuti, masa tu lah customer cari aku. Takpelah, ada business la tu maknanya. Alhamdulillah.

Semua maklum aku suka memandu. Maka hari pertama aku ditugaskan drive dari KL-Penang. Nasib baik bawak kereta boss, takdelah jahanam tayar kereta aku. Hahaha. Aik, singgah Penang ke boss. Mulanya kami tidak bersetuju, maklumlah membazir masa sehari di Penang untuk apa. Ooo.. Rupanya boss yang baik hati ni nak kami rasa menginap satu malam di Northam Inn. Bukan bilik biasa beb, tapi presidential suite gitu. Aku mana pernah duduk suite macam gini. Kalau sewa hotel pun, cari habis mampu yang mungkin. Mempunyai 2 bilik besar dilengkapi dengan ruang tamu, sofa, mini bar, ruang makan, mini sauna dan paling penting jakuzi di kedua buah bilik. Perggghh... Dasyat beb. Dapatlah aku rasa mandi jakuzi. Syiok tuuu..

Makan tengahari kami pekena nasi kandar la. Kami tapau masa mula sampai Penang, sebelum check in hotel. Ye lah, dah duduk suite, makan kat suite je lah sambil relax. Yang kelakar tu, siap boleh tertinggal lauk pauk bila dah check in hotel. Nasi aja yang diambil. Nasib baik mamak tu bagi balik lauk-lauk kami.

Petang tu kami ke Batu Feringhi. Hajat asalnya nak lepak-lepak sambil dinner kat kedai kawan boss. Tapi tak jumpa kedai makan tu pulak. Jadi, kami round pasar malam di Batu Feringhi. Panjang betul pasar malam ni ya. Ini kali pertama aku jalan-jalan di pasar malam ni walaupun dah banyak kali aku sampai Penang. Best jugak, banyak souvenir boleh beli. Tapi paling best, aku boleh tambah koleksi dvd aku la. Murah bangat tuuu. Opps…

Dah penat berjalan, kepala aku pun dah pening. Masuk angin agaknya sebab tak dinner lagi. Hahaha. Baru nak rekemen boss belanja makan kat The Ship, tapi boss kata ada alkohol lak. Ooo.. aku pun tak tau sebenarnya. Maka kami pun makan kat Secret Recipe je malam tu. Balik suite, apalagi… geng, jom terjun jakuzi. Best ! Tido malam pun lena aja…….


ambil gambar sebelum diguna


bilik 1


bilik 2 - boleh nampak toilet dari katil...


jom terjun


dari bilik hotel


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net