dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Dec-2007 07:00 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Gambar 2 - Jalan2 dinegeri sendiri

 
 
 
View all 10 photos...
Setiap kali aku balik Kelantan, aku akan melalui tempat2 ni - Bank Kerapu, Istana Jahar dan Balai Besar, bukan hanya ianya terletak ditengah2 bandar Kota Bharu tetapi ianya terletak berhampiran dengan rumah arwah TokWan aku yang sekarang dihuni oleh makcik aku, CikMoss. Maka, setiap kali aku balik dan berkesempatan untuk menziarahi Cik Moss, aku akan melalui ketiga2 tempat ini.

Dulu masa aku kecik, aku selalu ke Padang Merdeka atau Padang Bank atau kami panggil Pade Beng. Setiap kali menyambut ulangtahun sultan atau hari merdeka, kat sini lah tempat yang paling meriah, penuh dengan perbarisan dan orang ramai. Aku ingat lagi, pernah abang aku bawa aku ke sini untuk menyaksikan perbarisan hari merdeka. Masa tu aku masih disekolah rendah dan ketinggian aku tak mencapai tahap orang dewasa, maka aku hanya nampak kaki orang sahaja la.

Kat sini jugalah tempat aku menunggu abang aku datang setiap kali tibanya musim banjir. Dulu2 kalau banjir, kami bukan lari lari banjir tetapi mencari banjir tu. Seronok weh main air. Dulu2 tak bahaya dan airnya pun tak sekotor sekarang. Aku ingat lagi masa tu aku masih dalam darjah 3, aku ikut kakak aku yang masa tu masih anak dara semata2 untuk mengharungi air bah. Rumah Tokwan aku pula dekat dengan sungai Kelantan dan setiap kali tiba musim banjir, kami aku meluru ke sana. Lepas banjir, semua meluru balik sebab nak lari dari kena suruh basuh lumpur pulok. Penat tau....

Mmmm... seronok pula teringat kenangan silam.... how i wish i can turn back the time....


sejarah bank kerapu


inilah rupa bank kerapu


istana jahar, muzium adat istiadat diraja kelantan


pintu istana balai besar



Tuesday, 20-Nov-2007 03:19 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Gambar 1 - Jalan-jalan ke Bukit Fraser

 
 
 
View all 8 photos...
Gambar baru takde, masuk gambar2 lama pun ok gak kann....

Awal tahun ni, aku dan Fizah ke Fraser Hill, saja jalan2 cari pasal kat sana. Setiap kali aku balik Kelantan, aku akan melalui jalan Bentong - Raub. Setiap kali itulah aku akan membaca papan tanda "Bukit Fraser" yang terletak ditepi jalan. Dan setiap kali itu juga aku akan cakap, "bila lah aku nak sampai ke Bukit Fraser nih."

Maka awal Januari lepas, aku dan Fizah telah menghabiskan masa sehari di Fraser Hill. Kami ikut jalan Rawang - Kuala Kubu Baru - Fraser Hill sebab jarak yang dekat dari rumah aku berbanding mengikuti jalan Bentong. Tambah pula dapat lari dari tol.

Tanpa peta di tangan, berpandukan papan tanda dan panggilan telefon dari rakan2 bertanyakan arah, alhamdulillah kami selamat sampai ke Fraser Hill. Untuk mendaki jalan, agak menyeramkan. Dah la jalannya curam, sempit pula tu. Malah sepanjang mendaki tu, kami hanya berselisih dengan 3 kereta sahaja. Terbayang juga dalam kepala aku, kalaulah ada orang di sebalik selekoh depan yang menahan kereta kami, apa ya yang akan terjadi....

Sampai di Fraser Hill, kami mencari2 di manakah bandar nya ? Ooooo.... deretan kedai yang sebaris ni rupanya bandarnya. Dan disitu juga ada menara jam yang popular sebagai mercu tanda Fraser Hill dijadikan sebagai round-a-bout. Kami parking kereta berdekatan dengan deretan kedai itu. Cuaca tak adalah sesejuk Genting Highlands, mungkin dah tengahari agaknya. Kami pusing kedai2 tersebut, dan pusing menara jam. Apa lagi yang ada ? Macam itu je yang ada.

Kami singgah makan tengahari di salah sebuah kedai makan disitu. Gulai ikan patinnya memang menyelerakan. Ada seorang pelancong dari Jepun turut makan disitu sambil bertanyakan perjalanan bas dengan makcik kedai makan. Peramah juga makcik ni.

Selesai makan, kami pusing2 lagi. Ada la tasik, taman, ladang kuda dan beberapa guest house di sana. Tapi macam tak ada orang sangat. Jadi, kami rasa baik la kami balik saja. Jalan turun pun menyeramkan. Curam, sempit dan berbelok2. Macam naik roller coaster pun ada. Fizah agak ketakutan, tapi aku agak enjoy memandu dalam keadaan sebegitu.

Itulah cerita kami, makan tengahari di Bukit Fraser. Paling kurang, setiap kali aku melalui jalan Bentong - Raub, aku tak akan kata lagi "bila lah aku nak sampai Fraser Hill" sebab aku dah pernah sampai punnnnn.....


info


bangunan lama 1


bangunan lama 2


mercu tanda


pekan
[img]


Friday, 2-Nov-2007 04:30 Email | Share | | Bookmark
Makan-makan

 
 
 
View all 6 photos...
Ahad lepas, aku sempat la sediakan makan2 kat rumah aku. Aku tak panggil ramai orang pun, kawan2 terdekat, kawan2 satu opis dan adik2 Fizah je. Kiranya bukanlah open house pun... So, makanan takde lah membazir kerana semuanya dapat dihabiskan oleh tetamu2.

Antara yang dapat disediakan pada hari tersebut :-
Nasi Berempah bersama pakejnya seperti Dalca, Ayam Masak Merah, Acar Timun dan Sambal Belacan
Nasi Impit dengan kuah kacang
dan paling istimewa ialah pulut kuning dengan rendang daging


tu diaa....


rendang yang mendapat pujian... wuhuu... tahniah Fizah !


kek dari makasar pun ada


dinding bercat baru... purple kaler gitew...



Tuesday, 30-Oct-2007 04:41 Email | Share | | Bookmark
Adam on the move

 
 
 
View all 11 photos...
12 Oktober lepas, iaitu sehari sebelum hari raya, Adam dah genap setahun umurnya. Kak Ti memang excited menunggu genapnya usia setahun anak bongsunya. Sebelum balik kampung lagi dah sms aku, tanya nak makan apa untuk birthday Adam dan sebagainya. Bila dah balik kampung, aku menemani Kak Ti mencari gula2 dan coklat yang dibungkus dalam bungkusan kecik untuk diberikan kepada kanak2 yang datang beraya ke rumah kami. Saja suka2, kata Kak Ti.

Untuk birthday Adam yang pertama ni, aku belikan dia 1 t-shirt berkolar Garfield, 1 sluar pendek, 1 t-shirt, dan sepasang baju melayu pink sempena hari raya. Geram betul setiap kali aku pergi JJ, tengok baju cantik2, terus aku ingat kat Adam. Aku tak kisah berbelanja untuk Adam. Untuk siapa lagi nak aku belanja kalau bukan Adam ?

Geram betul aku tengok keletah Adam, sebab dia sekarang dah pandai berjalan. Balik raya baru ni, pertama kali aku tengok dia berjalan sebab sepanjang bulan puasa aku tak sempat pun nak turun ke Muar. Seronok yang amat ! Kami sekeluarga suka mengagah Adam, suruh dia menari. Kalau kitorang nyanyi lagu "Jom Heboh, Heboh" memang Adam suka sangat dan dia akan menari dangdut ala Inul. Dasyat kan ? Itulah, Adam. Adam yang aku geram pada pipinya tu.


kiri kanan kiri kanan


sukanya dia boleh berjalan


Adam memang tak takut kucing, abis si Merry dikerjakannya


Adam nak naik kereta laaa...


sukanya diaaaaaa....


Friday, 19-Oct-2007 02:47 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

 
 
 
View all 4 photos...
Lama betul aku tak update kan. Ada juga yang bertanya, kenapa tak update. Ntahlah, aku pun tak ada jawapan untuk tu. Mungkin ada aktiviti baru kot atau buat-buat sibuk di office. Tapi memang pun aku sibuk sejak 2 menjak nih, ada tanggungjawab baru yang perlu aku pikul. Masa untuk ambik gambar pun terpaksa dikurangkan. Mmm.. macam2... Tak apalah tu, bukan masalah korang pun kan.

Seperti biasa, aku pulang beraya ke Kelantan selama 7 hari. Kali ini anak saudara aku, Aini dan Azim ikut aku pulang berhari raya, disamping kucing kesayangan aku, Arong, yang tidur sepanjang perjalanan. Boleh dikatakan kereta aku tak cukup angin lah sebab menampung muatan yang sarat dengan barang2 penumpang dan juga barang2 untuk hari raya.

Belanja raya ? Baju raya aku ada sepasang baju kurung sahaja tahun ni. Untuk orang lain, aku belikan Bak sehelai baju raihan; Ma, Kak Ti dan Cik Moh aku belikan tudung; Aini, Azim, Amin dan Aida aku belikan sehelai sorang t-shirt; dan untuk si kecil Adam aku belikan 3 pasang baju baru. Untuk yang lain, aku sediakan duit raya sahaja lah. Tunggulah aku jadi tokei kedai baju, baru boleh aku bagi sorang sehelai baju... yo la tuu...

Oklah, sempena bulan yang mulia ini, aku mengambil kesempatan untuk memohon maaf andai ada kesalahan yang datang dari aku kepada semua kawan-kawan yang dikenali atau tidak dikenali, dan juga kepada sedara mara yang turut menjenguk fotopages aku nih.... Kemaafan ini bukan hanya lahir dari bibir, tetapi lahir dari hati...... Selamat Hari Raya !


bersama sebahagian dari family


Aida, Amin, Adam, Azim dan Aini


abang dan adik


Adam dan Chek dia


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net