dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 21-Mar-2006 01:51 Email | Share | | Bookmark
Kucing di Kuching

 
 
 
View all 8 photos...
Kucing adalah haiwan yang paling aku suka. Aku sukakan kucing sejak kecil lagi. Boleh tengok gambar-gambar klasik aku (yang masih hitam putih), aku memegang kucing. Sampai sekarang, aku dan kucing tidak dapat aku katakan TIDAK SUKA pada kucing.

Kesempatan melawat Kuching, memberi peluang untuk aku melihat dengan lebih dekat pada patung-patung yang dibina di bandar tersebut. Jenuh juga aku dan Fizah mencari patung kucing ni sebab kami tak tahu lokasi yang sebenar. Sebelum ini, aku hanya tahu kewujudan patung-patung kucing berkenaan melalui gambar-gambar yang aku lihat pada album kawan-kawan. Tapi sekarang tidak lagi, kerana aku telahpun sampai ke Kuching untuk melihat kucing. Salah satu dari impianku telahpun tercapai, Alhamdulillah.

Dirumah aku sekarang, ada 2 ekor anak kucing. Memang comel, nanti akan aku letakkan cerita dan gambar-gambar kucing tu bila ada kesempatan.

kucing yang menjadi mercu tanda bandar Kuching


kucing yang boleh didapati di Waterfront



kucing dan tikus


kucing hidup


muka macam kucing


Monday, 20-Mar-2006 02:37 Email | Share | | Bookmark
Waterfront, Kuching

 
 
 
View all 10 photos...
Sepanjang aku berada di Kuching, disinilah tempat aku selalu lepak dengan Fizah. Tiap-tiap hari kami akan duduk dibangku yang disediakan sambil memerhati gelagat manusia yang lalu lalang. Ada penduduk tempatan, dan ada juga pelancung Semenanjung seperti kami. Tak kurang juga pelancung asing. Ada yang baru turun dari sampan dan terus menuju ke perhentian bas untuk ke destinasi yang berikutnya. Dan ada juga yang mahu menaiki sampan untuk ke kampung seberang.

Seronok juga pengalaman menaiki sampan ni. Tambangnya cuma 30sen sehala. Hari pertama lagi kami dah mencuba untuk menaiki sampan tersebut. Orang kata kat sungai tu ada buaya, tak tahu betul ke tak... Sampan-sampan yang ada semuanya dah dicat dengan penaja. Jenama syampulah, jenama teh lah.. Sekarang sampan tu dikemudi dengan enjin, walaupun ada pendayung dihadapan sampan tu.

Di sepanjang Waterfront ni kita tak akan lapar atau dahaga, kerana banyak disediakan gerai-gerai menjual makanan ringan dan air. Cuma sediakan duit, dapatlah hilangkan perit ditekak kerana cuaca di sana agak kering tapi berangin. (mungkin cuaca masa aku pergi tu je kot.. aku pun tak pasti). Disini juga, ada peniaga-peniaga yang bukak meja kecil menjual barangan ehem-ehem… Heheh… Untuk lelaki sahaja tau….

Sebelah malam pemandangan kat situ cantik sangat yang diterangi dengan cahaya lampu. Wahh… aku rindukan nasi lemak ikan terubuk masin yang disediakan ditepi Waterfront tuuuu….

eleh.. suka ati la tu dapat pegi kuching...


dibina pada tahun 1993


History Walk dengan cerita-cerita sejarah ada disepanjang Waterfront


sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar-pelajar ini


antara sampan-sampan yang ada


masa rehat dan masa membersihkan sampan


kita minum dulu


enjoy nampak naik sampan


pemandangan malam yg kabur akibat shot yg gegar...


Friday, 17-Mar-2006 05:01 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Malaysia ke Kuching, Sarawak

sampai KLIA
mana kapalterbang ni
aku dah bosan
View all 6 photos...
Catatan Perjalanan 27 Feb 2006

7.00a.m.
Bertolak dari Kota Damansara ke KLIA, Pah tolong hantar naik Aveo. Singgah RnR Dengkil untuk breakfast nasi lemak. Jumpa cikgu matrik dulu.

8.30a.m.
Sampai KLIA, terus check-in. Naik Air Asia je… masa Air Asia bagi tiket free haritu, sempat juga log on ke website dia dan hanya perlu bayar airport tax RM180.00 return untuk 2 orang. Murah kan… No wonder penerbangan satu lagi asyik rugi aje…

9.45a.m.
Sepatutnya dah terbang, tapi flight delayed sebab airport Kuching ditutup sementara kerana ada flight terbabas di landasan Kuching haritu. Apalah malang nasib kami, 3 jam menunggu sampai hamper putus asa la jugak sebab staff Air Asia nasihatkan kami tukar tiket untuk hari esok – dia kata tak tau la flight boleh jalan ke tak harini. Ayarkkk…

12.30p.m.
Berkat kesabaran menunggu, kami akhirnya boleh naik flight jugak walaupun naik bosan dan lenguh kaki kami dibuatnya.

2.30p.m.
Alhamdulillah, kami sampai jugak di Kuching. Terus ambil teksi ke Harbour View Hotel, caj RM17.50 untuk teksi.

3.30p.m. – 7.00p.m.
Check-in hotel, mandi, solat, rehat dll. Perut dah berkeroncong, so kami jalan-jalan area bazaar untuk cari kedai makan. Kak Ti sms suruh pusing balik, pergi makan kat plaza depan hotel je so kami pun patah balik. Makanan tak sedap pun, tapi hentam sajelah sebab masatu dah pukul 5.00p.m. tapi tak lunch lagi. Lepas makan, round area bazaar dan Waterfront. Sempat naik sampan ke seberang, tambang 30sen aja… Balik hotel, buat arrangement untuk ke Sarawak Cultural Village esoknya.

8.00p.m.
Rehat dalam bilik aja sambil tengok tv. Badan dah penat, bukan penat jalan tapi sebab penat menunggu masa di airport tadi.

manala kapalterbang ni, buat aku tension je


penantian satu penyiksaan


mana satu awan yang terpilu ni...


Friday, 10-Mar-2006 03:21 Email | Share | | Bookmark
Kedamaian Kampung

 
 
 
Aku sukakan suasana kampung. Tenang dan damai sahaja. Mungkinkah ianya sekadar gambaran dan apakah realiti kehidupan di kampung ? Aku pun tak pasti, tapi aku suka tengok kehidupan kat kampung. Ada kambing, ada lembu, ada kerbau... dan najis-najisnya yang berselerakan.. (yang ni je aku anti, sebab nanti habis tayar kereta aku dikerjakannya )

Masa aku pergi jalan-jalan di sekitar Kampung Pantai, aku ingatkan nak tengok aktiviti orang menjemur ikan masin dan dapatlah aku mengambil beberapa gambar. Tapi malangya, kitorang pergi time orang dah angkut semua ikan-ikan masin tu. Takpelah, lain kali boleh pergi lagi...

Aku budak kampung ke... erkk.. budak lagi ke... . Kampung aku tak adalah macam dalam gambar-gambar ni, sebab kampung aku dah moden.. eleh... ye lah, sebab kampung aku bukannya terletak di pendalaman, tapi di pinggir bandar... di Kubang Kerian.. dekat HUSM, maka ramailah doktor-doktor membeli tanah dan membina rumah di kampung aku. Ooohhh... betapa aku rindukan kampung halaman aku... bilalah boleh balik.... layan je la lagu ni.......

Quote:
Balik Kampung - Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti


mana lagi boleh kita cari pemandangan sebegini kalau bukan di kampung


dibelakang kerbau inilah ikan-ikan dijemur untuk dijadikan ikan masin


underneath pokok kelapak, i will wait for you...


Monday, 6-Mar-2006 05:40 Email | Share | | Bookmark
Kampung Pantai, Beserah

 
 
 
Yeye... aku dah balik dari Kuching... Mmmmm... memang best pegi jalan kat sana, maklumler first time... Tapi maaf, gambar tak dapat di upload lagi sebab masih teruja dengan trip haritu.. hehehe.. apa2 je laa..

Gambar ni aku ambil masa aku pergi rumah Fizah yang terletak di Beserah. Kebetulan haritu agak boring, dan kami round pantai yang terletak berdekatan dengan rumahnya. Kalau nak cari ikan segar, datanglah ke Kampung Pantai sebab di sinilah ikan dinaikkan oleh nelayan. Tapi masa kitorang pergi haritu tengahari, so tak dapatlah nak tengok ikan2 dinaikkan oleh nelayan. Tengok sampan2 yang terdampar ajela..

kesepian bukan hanya milik manusia


menanti hari esok untuk kembali ke laut


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net