dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Monday, 3-Apr-2006 05:58 Email | Share | | Bookmark
Memori - Siri II

 
 
 
View all 6 photos...
Aku ada seorang kakak dan seorang abang. Memang tak ramai adik beradik aku ni, dan jarak umur aku dengan mereka agak jauh. Ada juga kawan pernah tanya, tak bosan ke adik-beradik tak ramai. Memang lah rasa tak meriah, tapi aku suka begini. Mungkin sebab memang dah dilahirkan sebagai anak bongsu dan juga telah hidup dalam keluarga yang tidak ramai, itu membuatkan aku tidak pandai bergaul dengan orang ramai. Kadang-kala ada juga orang kata aku pendiam dan tidak kurang juga ada mengatakan aku ni sombong. Bagi aku, aku tetap aku. Mereka-mereka yang telah mengenali aku, mereka tahu aku macamana. Dan aku tidak pernah peduli dengan kata-kata orang terhadap diri aku.

Oklah, berbalik kepada cerita adik-beradik aku yang seciput ni. Kak Ti, kakak sulung, dilahirkan pada 19hb Jun 1962. Kak Ti dah berumahtangga dengan Abe Ziz 21 tahun yang lalu. Kak Ti dah ada 4 orang anak, eh silap… 4 ½ orang… hehe.. Kak Ti sekarang mengandung, insyaAllah akhir tahun ni aku dapat anak saudara baru lagi. Kak Ti sekarang menetap di Muar. Selalu jugak aku pergi sana. Anak-anak Kak Ti semuanya dah besar-besar belaka. Yang sulung Aini, sekarang di IB Banting; kedua Azim, sekarang tokei kedai handphone; ketiga Amin di MRSM Jasin dan keempat Aida, Form 3 SM Convent. Aku agak rapat dengan anak-anak saudara aku yang ini. Mungkin sebab aku sentiasa bersama mereka dan sebaliknya, sejak aku berusia 13 tahun lagi. Kak Ti adalah seorang guru di SM Convent. Mungkin Kak Ti akan pencen di sekolah yang sama, dan menetap terus di Muar.

Abang Mi, lahir pada 12hb Februari 1964. Abang Mi sekarang bekerja di Kuala Terengganu. Abang Mi berkahwin dengan Kak Nun pada tahun 1988 dan mereka dikurniakan seramai 5 orang anak. Aku tak berapa rapat dengan Abang Mi, mungkin sebab Abang Mi dijaga oleh Tok Wan dan makcik saya, Cik Moh, sejak dia masih kecil lagi. Bak kata, selepas Mak lahirkan Abang Mi, Tok Wan dan Cik Moh minta Abang Mi ditinggalkan di rumah Tok Wan selepas Mak habis pantang. Masatu Bak bertugas di Taiping. (Bak aku ni bekas tentera). Jadi, mereka tinggalkan Abang Mi dengan Tok Wan dan Cik Moh di KB. Abang Mi terus membesar dengan Tok Wan dan Cik Moh. Di musim cuti sekolah, barulah Abang Mi bersama kami. Walaupun begitu, dia tetap abang aku.

Sejak tahun 1990, kami sekeluarga secara automatik mendapat penambahan ahli keluarga. Selepas arwah Mak pergi, Bak kahwin dengan Ma yang ada 2 orang anak. Kak Na dan Abe Je. Bagi kami, tiada beza antara adik beradik tiri atau adik beradik kandung. Kami dah jadi satu keluarga yang besar. Setiap kali berkumpul, makin meriah rumah Bak. Sekarang aku dah ada 2 orang kakak dan 2 orang abang. Yang penting, aku tetap kekal anak bongsu…….

gambar kami tiga bradik semasa Bak bertugas di Melaka


Kak Ti masa anak dara


Abang Mi - anak bujang 70an


anak bongsu sape la nih...


Friday, 31-Mar-2006 02:22 Email | Share | | Bookmark
Memori - Siri I

 
 
 
View all 6 photos...
Awal pagi Ahad lepas aku dikejutkan dengan satu berita, Bak pergi HUSM dan tak balik-balik. Satu keluarga risau. Masa tu jam pukul 1 pagi. Ma call aku, kata Bak sakit dada dan terus ke HUSM seorang diri. Ma nak ikut, tapi Bak tak bagi. Bak suruh Ma tunggu rumah, takut-takut Kak Na call sebab kesihatan Aisyah pun tak sihat masa tu. (Kami sekeluarga mendoakan kesihatan Aisyah bertambah baik). Kami call HUSM, mintak bahagian kecemasan dan ternyata nama Bak ada dalam senarai nama pesakit. Lega rasanya, paling kurang kami tahulah dia sedang dirawat. Jam 3 pagi, Ma sms aku dan menyatakan Bak dah balik ke rumah. Aku lega.

Pagi esoknya, Ma call aku. Katanya Bak dah ok, Aisyah masih dalam wad tapi dah sedar dan kakak Ma yang sulung (Cik Nisah) telah pergi ke rahmatullah. Aku cakap dengan Bak. Bak ceritakan, doktor telah mengambil darahnya dan dia telah berada di ICU Kecemasan selama 5 jam. Doktor kata jantung Bak ada problem. Bak kata selama 5 jam disana, katil sebelahnya semuanya ditemani keluarga hanya katil dia seorang sahaja tiada siapa disisi. Bak kata dia sedih jugak. Aku jadi sebak.

Aku ambil keputusan untuk pulang ke kampung. Aku tahu Bak dah stabil, tapi aku pulang untuk menggembirakan hatinya lagi. KL-KB lebih kurang 485km, 7-8 jam perjalanan. Aku tak fikir soal penat, aku tak fikir soal kerja. Aku sms boss, mintak EL 2 hari untuk melawat Bak, dan dia terus izinkannya. Itulah boss aku.

Maghrib aku sampai KB. Aku gembira tengok Bak tak ada apa-apa. Aku puas hati kerana dapat melihatnya dengan mata aku sendiri. Kalau sekadar bercakap ditelefon, sesiapapun boleh berlagak sihat atau sakit. Ternyata, Bak dah sihat. Aku gembira sekali.

Bak dan Arwah Mak


dimajlis persandingan mereka


Bak, Ma dan Kak Ti


kami sekeluarga pada tahun 1973


Wednesday, 29-Mar-2006 04:54 Email | Share | | Bookmark
Cultural Show at Sarawak Cultural Village

masa utk menonton
kusyuk nampak
 
View all 8 photos...
Rugi wooo kalau pergi SCV ni tapi tak tengok Persembahan Kebudayaan dia. Sebabnya, kita kan dah bayar untuk semua tu, jadi pergi je la tengok. Kadang tu penari-penari ni buat lawak jugak, siap mengusik penonton lagi. Sesiapa yang nak pergi SCV, jangan lepaskan peluang ini........



mak aih.. kalau aku buat ni, mau terkepit kaki kat situ




Friday, 24-Mar-2006 01:13 Email | Share | | Bookmark
Pertunangan Azril dan Fiza

rombongan pihak lelaki
membawa hantaran
perbincangan dijalankan
View all 12 photos...
Tarikh : 12 Mac 2006
Lokasi : Dari Bangi ke Taman Melawati
Acara : Majlis Pertunangan sepupu aku, Azril dengan Fiza. Alhamdulillah upacara disempurnakan, dengan
diwakilkan oleh Bak. Ramai saudara mara yang hadir untuk memeriahkan upacara, maklumlah
anak sulung merangkap anak tunggal Makcik Yah ni kan. InsyaAllah pernikahan akan
dijalankan akhir tahun ni.

Gambar-gambar ini ditujukan untuk KakNa UK sekeluarga........ Kakna, rugi weh tak join sama..... Aye nikoh nanti balik la M'sia, kami semua rindukan Kakna sekeluarga.

rombongan keluarga lelaki memulakan langkah


inilah Fiza, bakal menjadi sebahagian dari ahli keluarga kami


beramah-mesra dengan keluarga bakal mertua


Wednesday, 22-Mar-2006 01:43 Email | Share | | Bookmark
Sarawak Cultural Village

 
 
rumah tinggi
View all 8 photos...
Tarikh : 28 Feb 2006, 9.00a.m. dah bertolak dari hotel
Tiket : RM60 seorang (RM45 untuk entrance, RM15 untuk tambang van pergi balik)
Lokasi : Di kaki bukit Gunung Santubung
Cuaca : Panas
Aktiviti : Melawat 7 buah rumah yang ada (rumah orang cina, rumah orang melayu, rumah tinggi orang
melanau, rumah panjang orang ulu, rumah orang penan, rumah orang iban dan rumah orang
bidayuh). Dan yang penting, menyaksikan persembahan di rumah budaya.

berlari sbb pakai self-timer...


rumah tinggi orang melanau - memang tak tenggelam la kalau banjir


rumah orang bidayuh - memang cantik sbb bentuk bulat


rumah orang penan - paling kecil, macam pondok je


wooooooo.... aku gayat......


[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net