dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 26-Apr-2006 06:28 Email | Share | | Bookmark
Aku dan Kucing... Meowww...

 
 
 
View all 5 photos...
Memperkenalkan........ anak-anak kucing yang tengah membesar dirumah aku, Arong dan Areng. Lawak ke nama dia... Sebenarnya pada mulanya nama lain, tapi aku rasa macam susah nak sebut.. Akhirnya aku dan Fizah memilih nama nih. Ntah apa makna aku sendiri tak tahu…

Ini adalah kucing pertama peliharaan aku setelah beberapa kali aku memujuk Fizah untuk membela kucing. Memang aku sukakan kucing. Sejak kecil lagi aku dan kucing tidak dapat dipisahkan. Tak tau macamana kali ni Fizah yang gelikan kucing tetiba terpaksa bersetuju untuk menerima kehadiran Arong dan Areng yang dibawa oleh ibunya (kami namakannya Cik Timoh). . Malah Fizah pulak yang beriya sediakan makanan setiap pagi dan petang. Kami beli makanan kucing aja, dan diselang seli dengan nasi dan ikan tongkol rebus. Selera sungguh kucing-kucing nih makan.

Tapi si Arong dan Areng ni tak boleh duduk diam. Kalau bukak pintu aja (mereka ditempatkan dibahagian mesin basuh), Arong dan Areng akan berlari masuk ke dalam rumah dan mulalah melompat ke sana sini. Rosak habis bunga dalam rumah aku. Karpet yang kami gulung terpaksa disembunyikan, yelah dah dua-dua suka benar memanjat karpet tu. Kaki aku pun dipanjatnya kalau aku kat sinki. Ganas betul. Apapun, aku gembira dengan kehadiran kedua ekor anak kucing ni. Sekarang kalau pergi mana-mana pasaraya, kami mesti singgah kat bahagian makanan kucing. Huih, mengalahkan orang ada anak la pulak…

Arong, ada satu tompok atas kepala


Areng, ada dua tompok atas kepala. Sama dengan ibunya, Cik Timoh.


Aksi menunggu makanan


Menikmati makanan dalam pinggan khas


Kegemaran Arong dan Areng ialah memanjat.


Thursday, 20-Apr-2006 01:40 Email | Share | | Bookmark
Underneath Pokok Kelapak

 
 
 
View all 6 photos...
AF4 dah nak kembali !! Ujibakat pun dah habis, maybe sekarang tengah dalam pemilihan la tu. Aku salah seorang peminat AF sejak AF1 lagi. Memang tak pernah miss, tapi tak adalah fanatik yang amat. Sekadar peminat dunia seni hiburan tanahair.

Oklah, tanak la cerita pasal AF kat sini... Saja je teringat kat lagu Marsha AF3 bila aku shoot gambar2 nih......









Tuesday, 18-Apr-2006 07:27 Email | Share | | Bookmark
Wetland Lagi

 
bole buat aktiviti disini
 
View all 8 photos...
Best jugak pegi Wetland haritu. Sesiapa nak buat aktiviti lepak-lepak dan makan-makan secara berkumpulan / family, memang sesuai sangat la tempat ni. Dah la tak payah sewa, cuma sapa cepat dia dapat la dan cuma bayar parking RM1 je. Pastu boleh sewa boat dan pusing area tasik tu. Aku tak berkesempatan la pulak nak naik boat tu, tapi aku tengok ramai jugak yang naik. Tak percaya, korang pergilah survey !

hampar tikar n lepak sini memang best


layanan dari customer service


siapa cepat dia dapat... pergilah awal sikit kalau nak book tmpt ni


Monday, 17-Apr-2006 01:35 Email | Share | | Bookmark
Gathering MyKelate di Wetland

 
 
 
View all 22 photos...
Tarikh :-
11 April 2006

Lokasi :-
Wetland, Putrajaya

Agenda :-
Berkumpul dengan kawan-kawan forum Mykelate sambil makan-makan. Bab makan ni yang aku tanak tinggal....

makanan yang dibawa oleh geng mykelate


mereka yang hadir


pelbagai aksi


candid


Thursday, 6-Apr-2006 05:18 Email | Share | | Bookmark
Masjid Kampung Laut

 
 
 
View all 8 photos...
Setiap kali aku balik KB dan nak balik KL semula, aku mesti melalui Masjid Kampung Laut (MKL) yang terletak di Nilam Puri (berhadapan dengan UM Nilam Puri). MKL adalah masjid yang tertua di Nusantara. Dibina oleh sekumpulan ulamak yang datang ke sini. Bangga wehhh... sebab ianya dibina di Kelantan... . MKL ni dah berusia lebih 300 tahun. Dahulunya ianya terletak di Kampung Laut, tetapi oleh kerana berlakunya bencana alam iaitu banjir besar (orang Kelantan panggil Bah Merah), maka pihak-pihak tertentu telah memindahkannya ke tempat yang lebih selamat. MKL ni dibina tanpa sebarang paku. Biasalah masjid lama kan, tapi sekarang dah diperbaharui.

Sesiapa yang melawat Kelantan, bolehlah singgah untuk solat disini !







[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net