dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Thursday, 8-Jun-2006 01:35 Email | Share | | Bookmark
Kodak LS755 Dalam Kenangan

http://www.dcviews.com/_kodak/755.htm
Jumaat lepas aku balik kampung, plan balik KL hari Selasa tengahari. Hari Isnin tu ada kenduri kawin, so balik dari kenduri aku singgah ke kedai jap, sempatlah beli barang2 untuk rumah kat KL. Balik rumah Bak, aku letak handbag atas meja diruang tamu sampailah ke malam. Fizah pun letak sama. Nak tidur, aku terpikir gak nak bawak masuk beg tu, tapi memandangkan anak saudara aku, Aini dan Aida tidur di ruang tamu, aku rasa selamat aja.

Pagi esoknya, masa aku nak teman Bak beli sarapan pagi, aku tengok handbag aku atas sofa dekat dengan tingkap. Aku bukak purse, beberapa keping RM50 aku tak ada. Apalagi, menjerit la aku ! Aku cari handphone nokia guna 019, 2nd hand yang aku beli dengan Azim RM100 tu pun tak ada. Nasib baik handphone Sony Ericsson 012 aku jadikan alarm dan mesti ada sebelah bantal setiap kali tidur.

Tapi aku paling nak marah, sedih pun ada ialah bila aku tengok kamera KODAK LS755 aku pun turut hilang. Mangkuk betul si pencuri nih. Habis gambar2 pertunangan adik Pah, gambar2 Bak n Ma, gambar2 Arong n Areng dalam kamera tu.

Ikutkan logik, memang susah beg tu nak diambil oleh manusia sbb pintu semua dah dikunci, tingkap lak ada gril. Cuma satu tingkap tu tak dikunci dengan betul, jadi pencuri boleh umpil tingkap tu dan gunakan alat macam pancing untuk mengait beg aku. Bak kata memang itulah taktik pencuri kat kampung aku sekarang. Handphone Aini yang ada disebelah tak dapat dikait sbb susah. Beg Fizah pun tak dapat sbb tali dia jatuh bukan ke arah tingkap. Berani betul si penagih ni buat kerja, dah la ada orang tidur kat ruang tamu tu. Memang aku tak halalkan la perbuatan dia tu...

Huh... Aku rindukan Kodak aku tu... Nampak gaya kenalah ditangguhkan aktiviti fotografi nih, memandangkan alatnya dah nggak ada... Kena cari yang baru la nampak gaya... Bekenan lak tengok Canon Ixus yang baru tuh... Agak2 brp harga skrg yer...


Monday, 29-May-2006 03:25 Email | Share | | Bookmark
Picnic di Ulu Yam

sejuknya
makan dulu
best nih
View all 8 photos...
Lokasi : Ulu Yam
Tarikh : bulan lepas
Aktiviti : piknik dengan geng mykelate


Sepanjang 9 tahun aku duduk KL ni, baru pertama kali aku pergi ke Ulu Yam. Selama ni hanya dengar nama saja, orang kata best berkelah kat situ. Aku pernah tengok gambar2 aksi yg terlampau kat Ulu Yam... Hahaha.. biasalah tu, dah ada orang antar e-mail, aku tengok je lah... Pastu kat Edisi Siasat pun pernah siar gak.. Macam-macam cerita boleh dengar sebenarnya, tapi aku malas layan sebab yang aku nak tau betul ke best berkelah kat Ulu Yam tu. Sehinggalah bila boss aku pindah rumah area situ dan dia buat makan-makan, aku melalui jalan Ulu Yam dan aku nampak menarik gak untuk pergi. Minggu depannya terus aku plan dengan kawan-kawan MyKelate, http://www.mykelate.net/v1/index.php, iaitu Pah, Teja dan Ima; tidak ketinggalan Fizah.

Kitorang siap masak nasi lemak dan beberapa makanan lagi. Tujuan utamanya ialah mandi-manda. Sampai saja, terus breakfast dan apalagi... jom terjun ! Macamlah aku tau berenang, aku takut air sebenarnya... Hehe.. aku takut lemas, sebab aku tau aku takleh berenang, tapi aku suka main air dan berendam je la.. macam badak.. . Lama jugalah kitorang lepak sana, dari pukul 9.30 pagi sampailah 2 petang baru balik. Kalau sihat tubuh badan, ingat nak pergi lagi tapi tunggulah 2 atau 3 bulan lagi...


jom terjun


apa-apahal, kita makan dulu


terjun tiruk la kalau berani..


edisi siasat tak bergaji...


Tuesday, 23-May-2006 01:31 Email | Share | | Bookmark
Deebers Getaway 2006

lokasi : sunway lagoon
ketibaan deebers
tgk map dulu
View all 35 photos...
Tarikh : 20-05-2006
Lokasi : Sunway Lagoon
Agenda : Deeber Getaway 2006


Best betul Sabtu lepas, geng2 Adibah Noor Fan Club (ANFC) telah berjaya menganjurkan Deebers Getaway 2006 di Sunway Lagoon. Pukul 10 pagi kami mula register, dan didahului dengan aktiviti makan pagi. Tengah kusyuk makan nasi lemak, Kak Dib datang dengan kuncu-kuncunya. Pastu ada tele-match, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan. Memang seronok masa ni. Tak kiralah siapa menang, siapa kalah sebab yang penting ialah kerjasama dan enjoy.

Tengahari tu kami makan nasi beriani lak. Pastu ada aktiviti bebas, apalagi pegi main air la. Peningkan kepala masing-masing kat dry park, sebelum kita bersama kembali untuk upacara pembahagian hadiah. Banyak betul hadiah dapat, terima kasih kepada semua yang sponsor hadiah-hadiah tu.

Selepas minum petang, ada yang dah beransur pulang termasuklah Kak Dib kita ni. Yang tinggal tu, inilah masa untuk gedebash gedebush lagi sekali. Sambil-sambil main air tu, ada pulak tayangan perdana kat tepi kolam tu.. Hampeh betul orang melayu buat perangai macam gitu.

Lebih kurang pukul 6 petang, kami semua meninggalkan Sunway Lagoon dengan kenangan manis. Semoga akan ada lagi aktiviti sebegini di masa akan datang......... To all Deebers :


uih.. banyaknya hadiah


masa untuk bergumbiraaa


takde sape yg pulang dgn tangan kosong


oowwhhhh terharunyaa


Friday, 5-May-2006 02:11 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Lahir Bak !

 
 
 
View all 4 photos...
Hari ni hari lahir Bak. Bak lahir pada 5 Mei 1935, maknanya harini genap usia Bak 71 tahun. Bak dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Tarom, Johor Baharu. Bak dahulunya seorang tentera dan bertemu jodoh dengan arwah Mak yang memang asal dari Kelantan. Selepas pencen, Bak bermastautin di Kelantan tapi dia tetap cakap Johor sampai sekarang. Dia faham malah boleh cakap Kelantan sebenarnya, tapi dia tetap cakap Johor kalau aku cakap Kelantan dengannya.

Subuh tadi aku dikejutkan dengan satu SMS dari Bak. Bak mengingatkan harini hari lahirnya, sedangkan aku tidak pernah lupa pada tarikh 5 Mei ni. Satu kewajipan pada 5 Mei setiap tahun, aku pasti akan menelefonnya untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir sambil berdoa agar dirinya dipanjangkan umur dan sihat tubuh badan. Kadang tu aku sendiri takut kalau dapat tahu Bak tak sihat. Ye lah, dia dah pun berusia 71 tahun namun aku sentiasa mendoakan dia dipanjangkan umur.

Tahun ni aku tak balik kampung pada hari lahirnya. Biasanya kalau aku balik, kami sama-sama akan celebrate. Bak suka sangat kalau orang celebrate hari lahirnya. Tahun-tahun yang lepas biasanya dia akan buat jamuan makan untuk ahli keluarga terdekat. Tahun ini katanya, dia tunggu kepulangan aku dan Kak Ti sekeluarga pada cuti sekolah nanti. Katanya nak buat jamuan makan termasuk tahlil untuk arwah Mak sekali. InsyaAllah aku akan balik..

Apapun, sempena hari lahirnya yang ke-71 ini... aku mengucapkan selamat hari lahir untuk Bak, biarpun Bak sekarang jauh di Kelantan, tapi aku tetap merasakan dirinya hampir dengan aku. Aku sayang Bak !

Bak masa muda


Bak selepas pencen - 1985


Bak sekarang - masa aku balik Kelantan bulan lepas


Thursday, 4-May-2006 02:02 Email | Share | | Bookmark
ANFC di AIM ke 13

aku dan pah
sharifah
diana, kak dib n syarifah
View all 10 photos...
Malam minggu lepas kitorang pegi tengok AIM Live di PWTC, atas tiket ANFC (Adibah Noor Fan Club). Thanks Kak Dib ! Kak Dib memang best, walaupun pulang tanpa sebarang kemenangan pada malam tu tapi Kak Dib dah lama menang dihati kami semua.

Untuk kawan-kawan ANFC, korang semua pun memang best. InsyaAllah panjang umur, boleh jumpa lagi di Sunway nanti kan kan kan...

Untuk mereka-mereka yang nak join ANFC, silalah ke http://www.adibah-noor.com/v1/. Gerenti best !

Aku suka bergambar dgn Kak Dib, sbb aku nampak kecik


Sebahagian dari geng ANFC yang best


[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net