dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 4-Jul-2006 06:09 Email | Share | | Bookmark
Makan lagi ...

 
 
 
View all 10 photos...
sambungan entry Family Day

aktiviti : lunch buffet
lokasi : Tiara Beach Resort

Terus-terang aku kata, inilah kali pertama lunch buffet yang aku tak boleh terima. Bukan nak kata lauk tak sedap, ok laa kalau lapar kan... tapi sebab pagi tu kitorang dah makan nasi lemak yang di masak oleh Kak Lin. Perghhhh... sambal udangnya... memang power..... So, bila time lunch semua orang dah kekenyangan. Tapi memandangkan boss dah buat reservation, dan ada upacara pemberian insentif oleh syarikat, jadi kitorang teruskan upacara tu jugak. Terima kasih boss, bagi insentif tu.. Mmmm... bolehla jalan-jalan lagi pasni...


jemput makan kek oren


sampul yang ditunggu-tunggu


siapa saja minat bola


Thursday, 29-Jun-2006 06:47 Email | Share | | Bookmark
Makan-makan

senarai harga
ambil order dulu
geng remaja.. kuang3x
View all 8 photos...
Sambungan cerita Family Day lepas...

Macam aku kata, family day kami ni penuh dengan aktiviti makan-makan. Malam pertama kami disana, boss aku bawak kitorang makan-makan di Melaka. Apa nama tempatnya, aku dah lupa. Dalam 30 minit perjalanan dari Tiara Beach. 4 kereta konvoi untuk menyerang tempat makan tu. Sampai sana, boss order siakap goreng cili, udang dan sotong goreng tepung, kerang rebus, pari bakar, ketam masak lemak dan macam-macam lagi. Alhamdulillah... kenyang kami semua. Terima kasih untuk boss....


pilih bang... mana satu yg berkenan di hati


slurps......


anak sapa la ni yg makan banyak


Tuesday, 27-Jun-2006 01:35 Email | Share | | Bookmark
Our First Family Day

apartment kami
view dari bilik
 
View all 21 photos...
Tarikh : 22 - 24 hb Jun 06
Lokasi : Tiara Beach Resort, PD
Aktiviti : Family Day atau lebih elok kita panggil acara makan2


Last week, opis aku tutup 2 hari start Khamis, Jumaat & Sabtu. Kitorang pegi Tiara Beach Resort, buat 1st Family Day kat situ. Aku kira bangga gak dgn opis aku ni, maklumla opis ni dah la baru beroperasi, baru 2 tahun usianya tapi dah boleh anjurkan Family Day. Kira ada rezeki masuk la tu kan.. Alhamdulillah, berkat projek2 yang aku dan rakan2 sales yang lain bawak masuk.

Kami tak ramai, boss 2 orang pastu sales team ialah aku dan Kak Lin, akaun pula Fizah dan admin ialah Min. Aku seronok kerja kat sini. Tak banyak pressure, dan tak ada kerenah birokrasi. Janji kau bawak masuk order, pastu tiap-tiap bulan boleh cover expenses, takde masalah. Boss pun tak kacau kerja kau. Tu yang seronok. Sebab tu aku heran gak, sesetengah orang tak bersyukur dengan environment kerja kat sini. Mungkin dia nak kerja yang banyak pressure kot...

Ini kali pertama aku sampai di Tiara. Sebelum ni dengar orang cerita je. Boleh tahan jugak seronoknya. Mulanya aku fikirkan kenapala tak dibuat berdekatan dengan pantai. Tapi bila dah berada disana, konsepnya lebih kurang Sunway Lagoon, iaitu pantai buatan manusia. Ok jugak, sebab pantai kat PD bukannya bersih sangat pun. Baik terjun dalam kolam kan. Aku dan yang lain-lain enjoy sangat, maklumlah pantang ada masa terluang, mesti nak terjun tiruk punya... macamla aku tau berenang, tapi at least aku dah belajar terapung dengan Aini.. tq to my niece..

Kat Tiara ni macam2 ada, ada basikal utk disewa, games room, open air movie waktu malam dll. Macam satu town kecil yg sediakan pelbagai kemudahan. Alangkah syoknya kalau apartment aku camgini... best... best....

Lain kali bolehla kitorang pergi lagi, mungkin lain kali aku nak bawak Bak dan Ma pulak. InsyaAllah, jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.......


resort overview


kanak2 memang seronok main kat sini


jom gelongsor kat situ...


cantik tak




Monday, 19-Jun-2006 01:48 Email | Share | | Bookmark
Tinggal Kenangan

 
 
 
Petang Jumaat yang lalu, sebaik sahaja aku balik dari kerja, aku terkejut apabila melihat Arong tidur sendirian di atas mesin basuh. Mana Areng ? Terus aku dan Fizah mencari dikawasan sekitar pangsapuri kami. Naik Tingkat 1 – 6, tak ada pun. Tingkat bawah pun tak ada. Kawasan sekitar tong sampah pun tak ada. Mana Areng ?

Malam menjelma. Masih tiada kelibat Areng. Fizah macam dah sasau. Ibarat ibu yang kehilangan anak dibuatnya. Ke situ sini dia mencari. Aku cuba tenangkan perasaan aku sendiri. Dalam hati aku terdetik, Areng dah diambil orang. Mana lagi dia nak pergi. Kakinya tidaklah sekuat mana untuk melangkaui pagar Carlina. Lagipun ke mana sahaja Areng pergi, Arong mesti ikut. Ini tidak, hanya Arong saja yang tinggal. Siapa yang ambil ? Pada mulanya aku mensyaki orang sekeliling yang mungkin tertarik dengan kemanjaan Areng. Memang Areng agak manja sedikit berbanding dengan Arong. Areng, anak kucing jantan yang baru berusia 3 bulan lebih, suka duduk atas badan kami kalau kami baring depan tv. Memang manja sangat, tapi kalau Arong (betina), dia hanya menyandar dikaki atau badan kami saja.

Tengah malam tu, kami keluar lagi. Mencari Areng di sekitar Carlina. Mana tahu, orang yang mengambilnya meletakkan Areng diluar rumah pula. Tapi kami pulang dengan hampa. Arong pun lain macam saja kelakuannya. Mungkin dia pun pelik Areng tak ada. Biasanya, dengan Arenglah dia bermain kejar-kejar. Mau tak riuh rumah kami. Tapi malam itu, rumah kami sunyi tanpa derapan kaki Areng lagi. Yang tinggal hanyalah Arong yang kelihatan takut bila bersendirian. Arong akan mengiau bila dia ditinggalkan sendirian. Kesian Arong. Malam tu, kami tidur diruang tamu untuk menemani Arong.

Sabtu, kami masih menanti kepulangan Areng. Mana tahu, kalau-kalau dia sesat dan tahu jalan pulang. Tapi impian kami hampa. Mana perginya Areng ? Seharian kami seakan tiada mood untuk berbuat apa saja. Malam itu, entah untuk kali ke berapa, kami sekali lagi pusing satu Carlina untuk mencari Areng. Malangnya, tiada kesan. Dalam tong sampah pun tak ada, mana tahu kalau-kalau Areng dilanggar kereta dan orang yang tak bertanggungjawab membuangnya ke dalam tong sampah. Tetapi masih hampa juga. Malam itu, kami sekali lagi menemani Arong tidur diruang tamu. Kesian Arong.

Ahad, kami dah plan untuk mandikan Arong dan Areng yang dah sebulan tidak dimandikan. Tambah lagi masa balik Kelantan haritu, Arong dan Areng banyak main tanah. Tapi hari ini, hanya Arong saja yang kami mandikan. Areng dah tak ada. Mana perginya Areng ? Fizah tanya aku, mungkinkah Areng akan pulang ? Aku sendiri tiada jawapan. Memang kalau boleh aku mahukan Areng kembali. Biarpun esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan sekalipun, kalau aku bertemu dengan Areng, aku akan bawa dia balik ke rumah.

Pagi tadi, sebelum kami pergi kerja, aku suruh Fizah tanya cleaner indon yang tengah menyapu sampah dikawasan sekitar tempat letak kereta. Berdentum jantung aku apabila dia memberitahu Areng telah mati dilanggar kereta berwarna hitam dan telah ditanam oleh cleaner yang lain. Banyak darahnya, kata indon itu. Aku tunjukkan gambar Areng yang ada dalam handphone aku untuk mendapatkan kesahihan. 'Iya kak, benar yang ini," jelasnya lagi. Fizah terus meraung. Aku cuba menahan airmata, tapi suaraku sudah bergetar.. Dalam kerasku, aku mengalirkan airmata..

Pencarian kami selama 2 hari terhenti di sini. Memang terkilan sangat, sebab tidak dapat lagi melihat keletah Areng. Aku mengharapkan Areng membesar depan mata. Aku mengharapkan Areng menjadi hero di Carlina. Tetapi harapan sekadar tinggal harapan. Yang pasti, hanya Arong saja bersama kami. Akan kami jaga dan belanya sebaik mungkin. Areng, bersemadilah kau dengan tenang... Semoga kita bertemu lagi diakhirat nanti, aku tahu kau sekarang telah berada di syurga..... Airmataku mengalir lagi.....


Areng semasa berusia 2 bulan


Tinggal kenangan... Areng (kiri) telah meninggalkan Arong (kanan) buat selama-lamanya


Tidurlah kau dengan tenang buat selama-lamanya di sana....


Friday, 16-Jun-2006 06:28 Email | Share | | Bookmark
Harini Aku Dah Dapat

http://www.dpreview.com/news/0602/06022111canons3is.asp
Aku baru balik dari kedai gambar kat Pertama... Hehe.... Takde survey-survey dah... Sebab aku dah bekenan dengan barang yang satu ni... Lagipun memang nak guna, dan memang dah rancang nak beli sebelum perginya Kodak aku... Agaknya sebab tu Kodak aku dibawa pergi oleh orang yang tak berkenaan, sebab dia kecik hati kot... Boleh jadi ke gitu...

Esok, lusa cuti.... Kalau orang lain tak cukup tido sebab World Cup, tapi aku.... nampak gaya tak cukup tidur sebab membelek benda ni la agaknya....




Quote:

petikan dari : http://www.dpreview.com/news/0602/06022111canons3is.asp

The PowerShot S3 IS features:

12x optical zoom lens with USM and UD lens element
Optical Image Stabilizer
6.0 Megapixel CCD
Larger size 2.0” Vari-angle LCD
30fps VGA movies with stereo sound and Photo in Movie feature
DIGIC II, iSAPS and Flexizone AF/AE for fast, precise results and 2.3 fps continuous shooting performance
20 shooting modes and My Colors photo effects
High ISO Auto and ISO 800 for low light flexibility
Widescreen (16:9) recording


Apa yang aku dapat sekali dengan kamera ni :-
1GB SD Card
screen protector
tripod - satu besar, satu kecik

Tambahan belian :-
4 biji rechargeable battery
1 GP Travel Power Bank 2300 with 4 batteries

Puas hati ? Dah tentu.......

memandangkan ada yg bertanya harga... semua skali termasuk additional batteries & charger ialah RM1,950.00, kamera saja dgn FOC item RM1,800.00


[<<  <  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  18  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net