dari mata turun ke hati ~ ciksue

By: Sue Yusof

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 19-Nov-2008 05:27 Email | Share | | Bookmark
Gambar Kenangan - Selamat Pergi dan Selamat Kembali

 
 
 
View all 17 photos...
[color=black]Bersempena musim haji ni, saya nak letak gambar2 Bak dan Ma masa diorang menunaikan umrah yang lalu. Bak dan Ma pergi menunaikan umrah sebelum bulan puasa haritu lagi, tapi sebab masa tak mengizinkan, gambar2 mereka terpaksa disimpan dalam hard disk saya dahulu.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada mereka2 yang telah, sedang dan bakal pergi untuk musim haji tahun ini. Alhamdulillah salah seorang rakan sebaya saya bakal menjadi Hajjah bila pulang nanti. Semoga semuanya selamat pergi dan kembali hendaknya.

Lokasi : Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan[black/]

Wajah gembira Bak dan Ma sebelum keberangkatan


Tak kan baru nak cek pasport kot...


Sarapan pagi nasi kerabu power dari Pasir Mas, sumbangan Che Ani. Sempat juga kami makan walaupun dalam kelam kabut.


Bye... Selamat jalan. Bak dan Ma naik flight dari KB-KL, kat KL ramai juga yang tunggu diorang kat sana. Aku, Fizah dan Aini meneruskan perjalanan ke KL.

Lokasi : KLIA Airport


Bak dan Ma dah selamat pulang. Aku dan Fizah pergi sambut kat KLIA. Kak Na dan Abe Je pun ada sama. Tapi Kak Na dan Abe Je sekejap je kat sana, sebab nak settle hal imigresen sebab Kak Na baru je balik dari UK.


Ma dan Kak Na.


Friday, 24-Oct-2008 09:57 Email | Share | | Bookmark
Gambar-gambar Raya 2008

 
 
 
View all 11 photos...
Masih belum terlambat rasanya untuk aku letakkan gambar-gambar raya yang lepas. Lagipun raya kan sebulan, walaupun tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tahun ni semua ahli keluarga aku ada di Kelantan. Dapatlah kami bersama-sama merayakan hari yang mulia ini setelah berpuasa selama sebulan. Aku gembira kerana dapat berkumpul bersama mereka. Kepulangan Kak Na setelah tamat pengajian PHD di UK menambahkan bilangan keluarga kami dengan ahli-ahli barunya.

Untuk raya yang lepas, aku pulang ke kampung bersama Aini dan Amin. Nasib baik ada mereka berdua sebagai peneman. Kucing kesayangan aku, Arong, pun ikut sama. Agak bising dia untuk sementara waktu. Mungkin tak biasa dengan bau Aini dan Amin. Kalau Fizah ada, dia lah yang akan menenangkan Arong. Agak sukar untuk aku berbuat sedemikian, dalam keadaan aku yang sedang memandu. Aku buat tak tahu saja, lama kelamaan diamlah dia.

Raya tahun ni aku, Kak Ti dan Ma sibuk di dapur macam biasa. Kami masak nasi minyak, dalca, ayam goreng pedas, pajeri nenas dan lain-lain untuk dijamu pada hari raya pertama. Aini, Azim, Amin dan Aida pula menolong Tok Baknya menyiapkan sate. Bak cukup suka makan sate dan setiap tahun dia biasanya akan buat tempahan. Tapi tahun ni awal-awal bulan puasa lagi Bak dah rancang nak buat sate sendiri. Aku iya kan sahaja asalkan dia bahagia. Dan bukan hanya Bak yang sukakan sate, sebab aku pun suka kan sate. Kalau tak ada sate, rasa macam tak raya lah.

Hari raya keempat, aku pulang ke KL bersama Aini dan Amin. Tapi aku silap timing lah. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 8 jam, terpaksa aku lalui tambahan 6 jam lagi menjadikan jumlah perjalanan 14 jam lamanya. Semuanya gara-gara berkebetulan ramai yang pulang pada waktu yang sama. Aku sangkut kat Machang 4 jam lamanya. Perjalanan KB-Kuala Krai sepatutnya sejam tapi aku harungi selama 6 jam. Tension, memang tension. Nasib baik kereta aku auto, kalau manual mau bengkak kaki. Aku sampai Kota Damansara pukul 2.30 pagi. Rasa nak ting tong kepala aku. Terus aku tidur tanpa was was.

Itu lah saja cerita raya kali ni. Nanti aku cerita lagi pasal benda lain. Kalau sempat lah, insyaAllah.



Tiada dalam gambar : Aida, Kak Na dan keluarga Abe Je


Aida, anak dara Kak Ti. SPM akhir tahun ni dah ready ke ?


Anak bujang Abe Mi dah besar panjang


budak tembam yang makin comel


Thursday, 17-Jul-2008 07:39 Email | Share | | Bookmark
mari kita memuat turun gambar lama kembali

 
 
 
View all 5 photos...
agak lama saya tidak meletakkan gambar di fp ni. sunyi sepi jadinya. apa pun alasan, buang karan aja memberitahunya. jom kita tengok gambar2 dari album saya.

aquaria klcc

beberapa bulan lepas saya ke aquaria klcc. pertama kali saya ke sana. mahal juga bayaran masuknya. tapi sebab saya belanja untuk diri sendiri, apa salahnya kan. saya beratur agak panjang untuk membeli tiket, bermakna tempat ni mendapat sambutan jugak terutama dimusim cuti am. dalam aquaria bukan saja ada ikan2. binatang2 lain pun ada, terutama binatang yang hidup didalam hutan.

buat masak lemak boleh tak ikan ni ? hehe..


adam

adam sekarang dah besar. bulan oktober nanti genaplah adam 2 tahun. adam dah gumuk. eeee... lamanya tak jumpa adam. tetiba rasa rindu pada adam.

bak dan ma di sutera beach resort

bulan mei lalu saya balik kampung sambil melawat bak dan ma. sempat lah juga saya belanja mereka menginap disutera beach resort sempena harijadi bak yang ke 73. nak beli barang tak tau dah nak beli apa. asyik2 baju. berlambak baju bak kat rumah tu. tahun depan, insyaAllah panjang umur dan dimurahkan rezeki, saya ingat nak bawak bak dan ma jalan2 lagi lah. tapi kena pilih destinasi yang dekat sebab bak dah tak larat nak jalan jauh.


Sunday, 3-Feb-2008 05:44 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti Bandung 2008 - part 2

 
 
 
View all 9 photos...
Lamanya tak update... sorry ya untuk sesiapa yang menunggu... ok, mari kita sambung...

Hari kedua kami di Bandung, kami disediakan sarapan pagi oleh hotel. Makan nasi kuning dan teh manis. Sedap juga dan boleh la buat alas perut. Selesai sarapan, kami cuba naik van yang dinamakan Angkutan untuk ke Pasar Baru. Mula2 tu agak takut nak naik Angkutan nih, takut kena tipu lah sebenarnya. Berpandukan itenary yang telah siap sedia di print, kami naik je Angkutan tu. Sampai satu simpang, pemandu tu tanya, "mau ke mana bu?" Kami pun jawablah ke Pasar Baru. Alamak, rupanya Pasar Baru dah lepas tadi. Maka kami kena lah jalan kaki sikit untuk ke Pasar Baru. Ramai betul orang di kawasan ini. Agak berhati2 dengan beg yang kami sandang.

Di Pasar Baru memang syurga membeli-belah untuk kaum2 wanita. Siapa yang suka shopping kain2, baju dan telekung memang boleh gila lah jadinya. Aku dan Fizah hanya shopping untuk family sahaja, seperti telekung dan t-shirt untuk adik2. Kami balik ke hotel naik Angkutan untuk berehat.

Setengah jam kemudian, kami menuju ke Kedai Makan Ampera yang bersebelahan dengan hotel. Wah makanan sunda nih tak ada kuah, tapi sedap dan murah sangat2. Aku sukakan tempe dia. Memang kaw giler ! Kemudian kami berjalan kaki menuju ke Kebun Kelapa. Lebih kurang macam Pasar Baru, tapi aku tengok harganya mahal sedikit. Kami tak beli apa2 pun kat sini.

Dari Kebun Kelapa, kami naik Angkutan menuju ke Jalan Dago yang terkenal dengan Factory Outletnya. Wah... Memang best jalan2 kat FO nih. Naik juling biji mata. Sempat juga membeli beberapa T-shirt untuk diri sendiri dan singgah di Amanda untuk membeli brownies yang istimewa sebagai ole-ole.

Kami naik Angkutan ke hotel, tapi tersalah jalan lah pulak. Bayar lebih sikit lah. Sempat lagi kami singgah K-Mart yang terletak berdekatan dengan hotel dan membeli roti keju serta Jamur Goreng Crispy (jamur = cendawan). Balik hotel, memang penat sangat dan tidur sajalah...

...bersambung...


inilah Angkutan Kota yang popular


dari dalam Angkutan


pemuzik jalanan, peminta sedekah, penjual barangan akan menghampiri Angkutan untuk meminta belas


Bandung yang sentiasa crowded


sedap bangat bu makanan sunda ini...


Friday, 25-Jan-2008 08:43 Email | Share | | Bookmark
Cuti-cuti ke Jakarta-Bandung 2008 - part 1

 
 
 
View all 18 photos...
16 Januari lepas aku dan Fizah selamat sampai ke Jakarta setelah 3 bulan merancang percutian kami ke sana. Aku yang sebelum ni agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, rasa lepas tension jugak lah sebab dapat bercuti dengan tambang murah nih.

Kami pergi selama 4 hari 3 malam. 15 Januari tu kami dah hantar Arong ke hostelnya di TTDI. Agak sedih meninggalkan Arong di petshop tu, tapi apa nak buat. Kalau boleh bawak, kami akan bawak. Malam tu kami tumpang tidur di rumah kawan di Kerinchi sebab esoknya pagi2 kami akan ambil teksi ke KL Sentral untuk menaiki bas pula ke LCCT.

Pagi 16 Januari, selepas solat subuh, aku dan Fizah dengan backpack dibahu, lagak seperti peserta Amazing Race, memulakan perjalanan kami. Teksi amat mudah di Kerinchi, begitu juga bas di KL Sentral. Sampai di LCCT kami breakfast roti yang dibeli semalam.

Flight kami pukul 9.50am dan kami sampai ke Jakarta jam 1050am waktu Indonesia. Kenapa turun Jakarta bukan di Bandung ? Aku sebenarnya ingin menjejakkan kaki ke Jakarta, tetapi mahu jalan2 di Bandung. Maka, sampai sahaja kami di airport, kami diserbu oleh pemilik2 teksi untuk mendapatkan pelanggan. Agak menyerabutkan, dan kami tolak layanan dengan lembut. Kami hanya memilih teksi Bluebird yang bermeter untuk meneruskan perjalanan ke Stasiun Gambir, Jakarta. Sampai disana kami beli tiket keretapi kelas esekutif, Argo Gede, dengan tambang lebih kurang RM28 ke Bandung. Kami terus menikmati makan tengahari Bakso Spesial dan Teh Botol amat yang popular di sana. Sedap bangat bu !

Banyak benda baru boleh kami lihat melalui perjalanan ini. Rumah dan kedai yang amat dekat dengan landasan keretapi, kanak2 yang tak takut melintas landasan, pemandangan sawah padi huma yang begitu menakjubkan, perjalanan keretapi diatas landasan tergantung dan pelbagai macam lagi. Memang aku rasa tak rugi dengan bayaran tambanga serta perjalanan 3 jam dari Jakarta ke Bandung ini.

Sampai di Bandung, jam sudahpun menunjukkan pukul 5.30pm. Kami ambil teksi ke hotel dan berehat sebentar. Selepas merehatkan badan, kami terus jalan2 disekitar hotel. Ada pula pasar malam dikawasan sekitar tu. Ramai penjual dari pembeli. Dan juga ramai pengemis, terutama kanak2. Kesian memang kesian, tapi kami keberatan untuk memberi takut pula nanti akan diserbu oleh sedozen pengemis lain. Maka kami terus naik ke yogya mall untuk menikmati makan malam. Harga agak reasonable, maklumlah makan kat mall. Kami juga sempat membeli air mineral dan jajan lain sebagai bekalan di hotel. Kaki dah pun lenguh, badan dah pun penat, kami terus pulang ke hotel untuk berehat.

Tunggu sambungan seterusnya.......


dalam flight


jakarta dari atas


bakso yang sedap dan teh botol yang popular


dalam keretapi Argo Gede yang selesa


dari dalam dalam keretapi


makan malam di yogya mall, mee dan air avocado


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net