|
|
| Wednesday, 24-Jun-2009 03:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pertunangan Azim - Aida
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
Adam mula2 duduk diam
|
|
 |
|
Eh tak tahan la duduk diam
|
|
 |
|
Mari berkuak lentang dimajlis pertunangan abang
|
| | View all 18 photos... |
|
Tarikh Pertunangan : 17 Mei 2009
Anak saudara aku dah bertunang juga akhirnya. Pada usia 22 tahun, insyaAllah Azim akan menjadi seorang suami pada akhir tahun ini. Satu usia yang muda bagi aku, tetapi Azim sudahpun dewasa dalam keluarganya apabila dia telah pun berjaya dalam kerjayanya sebagai dealer Celcom bagi daerah Muar.
Alhamdulillah semua majlis berjalan lancar. Agak lambat untuk aku upload gambar2 ini disini, aku lebih banyak menghabiskan masa mengupload difacebook pula. Huhu.
Bakal mak mertua menyarungkan cincin dijari
Azim dan Aida
4A - Aida, Aida, Azim dan Aini
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 18-Mar-2009 06:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pertunangan Hanif - Lily
|
|
Tarikh : 15 March 2009
Lokasi : Ampang
cincin pertunangan
tepak sirih lambang peradaban melayu
pemanis mulut
ada berminat ? sila hubungi saya terus untuk mendapatkan info yang lebih lanjut.
saat perbincangan
menyarung cincin sebagai pengikat tanda
ikatan pertunangan selama satu tahun, insyaAllah tahun depan kendurilah pula
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Dec-2008 03:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Makassar Trip - Hari Raya Haji
|
|
Semasa aku buat booking tiket Air Asia, tak sangka pula perjalanan kami jatuh pada hari raya haji. Tiket dah dibeli, perjalanan harus diteruskan. Selepas 2 hari di Makassar, iaitu pada 8hb Disember, kami semua menyambut hari raya haji dengan sederhana sekali. Bak mengambil kesempatan untuk berkorban di sana. Seekor kambing berharga Rp600k atau lebih kurang RM180.
Di tepi-tepi jalan menuju ke pusat bandar, akan kelihatan kambing2 yang ditambat untuk dijual semperna korban. Agak kotor tepi2 jalan tu, tapi pemandangan ini adalah biasa bagi penduduk di sana. Akan kelihatan juga penjual kambing mengejar kambing yang dapat bolos dari kandang mereka. Lucu pula rasanya bila melihat mereka berkejaran ditepi jalan raya utama.
Dalam pete-pete, menuju ke bandar
Pada malam raya, takbir berkumandang di sana-sini. Malam raya tu, aku, Fizah dan Aini sempat pergi ke Carefour menaiki pete-pete untuk membeli ayam dan sedikit daging untuk dimasak pagi esok. Tak susah nak naik pete2 nih sebab ianya senang dan banyak yg lalu dijalan besar berhampiran rumah Aini. Bayaran pete2 adalah Rp3k seorang, tak kira jarak dekat atau jauh.
Masjid di hadapan Pusat Grossir Butung
Pagi raya tu, Bak diambil oleh student lelaki untuk menunaikan solat di masjid UNHAS. Ketika itu aku dan Fizah sibuk didapur. Kami masak nasi beriani, ayam masak merah, rendang daging dan acar timun dengan menggunakan bahan2 yang terhad, maklum lah negara orang. Alhamdulillah, menjadi jugak masakan kami. Nasi beriani siap kena masak sampai 2 kali sebab tak cukup. Berselera betul student2 makan masakan kami. Hehe. Puas hati betul.
Ini lah dia makanan di pagi raya, rendang tu sedapppp !
Ni pula makanan yang diberi oleh jiran Aini, Pak Jamal.
Dari atas, sup soto, buras (seperti nasi himpit tapi dibungkus dalam daun pisang), ketupat dan ayam masak apa ntah (cara indon, tapi sedap)
Petang raya tu, kami ke Airport untuk menghantar Bak dan Ma pulang ke Malaysia. Manakala aku dan Fizah akan tinggal di Makassar lagi 2 hari. Aduh, lama pulak rasanya di Makassar.
Bak dan Aini di airport
Esoknya, aku, Fizah dan Aini sekali lagi ke pusat bandar menaiki pete2. Kami turun di Central, berjalan kaki ke MTC (Makassar Trade Centre) dan menaiki teksi ke Jln Somba Opu. Harga teksi Rp10k. Pada hari pertama kami dah pun jalan2 di sini, tetapi cuma singgah di satu kedai souvenir sahaja. So kali ini ingat nak jalan2 lah di sini yang kononnya terkenal dengan pusat souvenir. Loh, tak ada apa sangat rupanya. Ada beberapa kedai souvenir yang semuanya lebih kurang sahaja dan juga banyak kedai emas boleh didapati disini. Tapi kami tak masuk lah kedai emas tu. Tak ada pitih lah nak beli emas. Cuaca amat panas di Makassar. Sekejap sahaja 2 botol air mineral habis diminum. Dahaga weh. Terus kami ambik teksi balik ke Central untuk shopping dan ke MTC untuk makan tengahari.
Kedai2 area Jalan Somba Opu
Hari terakhir kami di Makassar, Aini ponteng kelas. Haha. Berkorban untuk mak saudara, katanya. Terus kami ke Ramayana Mall yang terletak berhampiran sahaja dengan rumah Aini. Seperti mall biasa, ada lah kedai2 yang boleh kita shopping dan pasaraya yang boleh kita beli barang2 dapur. Tetapi kami lebih tertarik untuk lepak di kedai bukunya. Kesemua buku2 yg dijual adalah dalam bahasa Indonesia. Malah ada yg ditranslate dari bahasa inggeris. Sempat juga kami beli 3 buah buku masakan dan sebuah novel keluaran sana. Ntah bila la nak mula membacanya. Hehe.
Ramayana Mall
Lunch di Ramayana Mall
10hb Disember - balik time
It's time to go back. Jalan2 ke negara orang memang seronok, tapi keseronokan untuk pulang ke rumah sendiri adalah lebih hebat rasanya. Tak sabar untuk tidur ditilam sendiri, tak sabar untuk jumpa Arong dan tak sabar untuk lepak depan tv dirumah sendiri. InsyaAllah, ada rezeki akan aku pergi lagi ke Makassar. Tapi kali ni aku nak explore tempat2 wisata lain pula seperti Tanah Toraja dan kawasan air terjun seperti yang diperkatakan oleh student2 dari sana. Mesti seronok.....
Istimewa untuk Kak Ti :-
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Dec-2008 03:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan2 Sekitar Makassar
|
|
Hari pertama kami sampai ke Makassar, Aini dah aturkan transport untuk kami jalan2 disekitar Makassar. Pak Eko bertindak sebagai supir kami pada hari itu, tapi dia ni agak pendiam orangnya dan kurang pengetahuan mengenai tempat2 wisata di Makassar. Nasib baik aku sempat bukak internet sebelum ke sana. Tau lah beberapa tempat untuk dikunjungi. Antaranya ialah Fort Rotterdam, Pantai Losari, Pusat Grosir Butung, Jalan Somba Opu, kedai makan dan lain2.
Di Fort Rotterdam, kami mengupah seorang tourist guide untuk menceritakan apa yang ada di sana. Kalau jalan2 sendiri tak dapatlah kami mengetahui sejarah yang telah berlaku sambil dia bawa kami masuk ke muzium2 yang ada disana. Bayaran tourist guide ialah Rp50k, dan bayaran masuk ke Fort Rotterdam adalah bergantung kepada keikhlasan kami sendiri. Aku buat keputusan Rp5k sekepala, jadi kami bayar total Rp30k untuk entrance fee.
Pandangan dari muzium
Bak dan Ma di Fort Rotterdam. Bak bergaya dengan topi Air Asia yang dibelinya di dalam flight. Mahal tuu....
Selepas makan coto makassar, kami minta Pak Eko bawa kami berhenti di Pantai Losari. Cuaca disekitar amatlah panas, dan Pantai Losari tidak lah cantik mana pun sebab ianya cuma merupakan pelabuhan nelayan. Disekitar Pantai Losari, senang sangat untuk kita mencari kedai makanan laut. Pilih saja mana yang kita nak, dan harganya tidaklah semahal makan seafood di Pelabuhan Kelang.
Penjaja disekitar Pantai Losari
Pusat Grosir Butung
Disini banyak baju batik yang boleh dibeli dengan murah. Tapi dalam pasarnya agak panas sampai berpeluh2 ketiak dibuatnya. Penawaran boleh dibuat disini, tapi harus berhati2 kerana hanya barang yang kita ingin beli sahaja harus dibuat penawaran sampai mati. Kalau sekadar nak menduga jurujual dan mengetahui sejauh mana dia boleh kurang, tak perlu lah dibuat di sini. Nanti kena kejar dengan penyapu baru padan muka.
Pusat Grosir Central
Di Central, sama sahaja keadaannya seperti di Butung. Cuma di Central, tak sepanas Butung dan disini lebih sesuai untuk membeli kain batik jawa dan pelikat. Singgahlah ke kedai Haji yang memang terkenal dikalangan pelajar dari Malaysia. Harganya memang menarik dan kainnya cantik2.
"Batik jawa ini Rp30k sepasang," kata Haji.
"Kurangnya berapa Pak ?"
"Rp27"
"Sudah pass harganya ?"
"Iya... sudah pass."
* Sudah pass bermaksud harga mati lah lebih kurang. Hehe.
Bak di luar Central, tengah menunggu kami membeli-belah. Muka dah penat dan kelaparan.
Bagi aku, shopping di Makassar tidaklah sebagus shopping di Bandung. Bandung adalah syurga membeli-belah. Lebih banyak barang boleh didapati, lebih banyak tempat shopping boleh dijelajahi dan lebih murah harganya berbanding dari Makassar. Tapi kalau dah sampai ke Makassar, tak kan tak nak beli ole2 barang sehelai dua. Eh.. sehelai dua saja ke ? Macam ada tambahan bagasi je tu.... Hmmmm....
|
|
|
|
|
|
| Friday, 12-Dec-2008 04:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Makassar Trip - Makan Time
|
|
5 Disember 2008
1pm
Kak Ti sms kata dia dah sampai kat LCCT
1.30pm
Aku, Bak, Ma, dan Fizah menaiki teksi Limo ke LCCT
Dalam teksi tiba2 hati aku terdetik pada satu perkara.
'Eh, pasport Kakti valid lagi tak untuk flight international. Hmm.. harap masih valid lah.'
Sampai di LCCT, tiba masanya untuk check-in. Aku minta pasport Kakti. Ya Allah, lagi 4 bulan akan expired. Macamana ni. Flight lagi 2 jam. Plan untuk ke Makassar dah dirancang sejak Julai lalu. Aduh. Aku kah yang bersalah dalam hal ni ? Aku pernah terbaca terms and regulationnya, tapi pada masa tu tak tercapai akal aku untuk mengatakan bahawa pasport mereka akan expired kurang dari 6 bulan dari tarikh perjalanan.
Ahh... sudah. Tak best lah nak jalan2 tanpa Kakti. Kami ke sana sini konon nak merayu pihak imigresen supaya melepaskan perjalanan ini. Undang2 tetap undang2. Mana boleh dilawan lagi. Kalau boleh ditukar ganti, akan aku gantikan pasport aku dengannya. Cepat2 aku bersalam dan berjalan masuk. Tak sanggup rasanya untuk aku memandang wajah Kakti. Nanti aku akan menangis didepannya. Lagi haru.
Perjalanan hidup perlu diteruskan. Apa yang telah berlaku telah berlalu dan ianya menjadi pengajaran kepada kami semua....
8.20pm
Aku, Bak, Ma dan Fizah selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin, Ujung Pandang. Alhamdulillah. Sampai disana, Aini dan kawan serumahnya datang menjemput.
Sepanjang berada di Makassar, aku tak melepaskan peluang untuk menikmati makanan2 tempatan yang dijual disana. Salah satu yang popular ialah coto makassar. Coto sebenarnya adalah soto, aku pun tak tau kenapa dipelatkan sebutannya. Sama seperti soto, ianya dimakan bersama ketupat nasi. Supnya pula diperbuat daripada daging dan isi dalaman seekor lembu yang direbus lama. Coto senang didapati disepanjang jalan tetapi yang membezakannya ialah kebersihan dan kesedapannya. Warung Coto Gagak telah direkomen oleh tourist guide di Fort Rotterdam. Dan ternyata, ianya memang lazat dan murah. Dalam RM25 untuk 7 orang makan termasuk minuman.
Tengoklah betapa berselera Bak dan Ma menjamah Coto Makassar. Walaupun nampak kecil kuantitinya, tapi ianya cukup mengenyangkan.
Kami sempat singgah di Restoran Ratu Gurih untuk menikmati makan tengahari. Makassar terkenal dengan makanan lautnya, dan dah tentu rugi kalau tidak mencubanya. Kami memesan ikan gurame goreng pedas, cumi (sotong) goreng tepung dan butter, sayur masak apa ntah, satu lagi lauk ikan dan ahhh... aku pun dah lupa menunya sebab terlampau asyik menikmati juadah. Makanan memang sedap, dan harganya tak semahal makan seafood di Malaysia. Lebih kurang RM90 untuk 7 orang makan termasuk minuman.
Tak sah rasanya kalau tak makan nasi padang di Indonesia walaupun kita bukan berada di daerah Padang.
Maaf, kualiti agak kabur kerana tangan agak kotor. Hehe. Makan dulu ya...
Harga makanan : Rp180k = RM60 untuk 8 orang makan. Murah kan ?
Satu lagi specialty makanan Indonesia ialah bakso. Walaupun di negara kita pun ada dijual, tetapi keenakan dan keaslian rasa tak dapat menandingi masakan dari negara mereka sendiri.
Bakso boleh dimakan dengan mee atau buras (seperti ketupat nasi, tetapi dibalut dengan daun pisang). Aku memilih untuk memakannya dengan mee. Wahh... enak sekali !
Dessert - Es Pisang Ijo
Nampak agak buruk kan rupanya ? Tetapi sedappppp. Sebiji pisang dibalut dengan tepung berwarna hijau yang rasanya seperti cendul hijau tu, kemudian diparut ais ke atasnya, dan dicampurkan dengan santan pekat dan ditabur dengan sirap. Slurrppp !
Dessert - Es Nangka
Ni aku cuba makan kat Food Court MTC (Makassar Trade Centre). Agak mahal harganya, Rp13k = RM4, tetapi ternyata tidak mengecewakan.
Cuba teka apa isi dalamnya.........
Tarraaaaaaaaaa.........
Namanya sahaja berbau sedikit kelucahan. Ntah siapalah yang menggelarkannya sedemikian. Kesian pada si karipap a.k.a si jalangkote. Aku nak sebut pun macam lawak. Sedap juga rasanya, dan makanan ni dibeli digerai berdekatan dengan rumah Aini.
Ok... itu saja entri makan2 di Makassar. Nanti disambung dengan jalan2 pula. Daa...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Nov-2008 05:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar Kenangan - Selamat Pergi dan Selamat Kembali
|
|
[color=black]Bersempena musim haji ni, saya nak letak gambar2 Bak dan Ma masa diorang menunaikan umrah yang lalu. Bak dan Ma pergi menunaikan umrah sebelum bulan puasa haritu lagi, tapi sebab masa tak mengizinkan, gambar2 mereka terpaksa disimpan dalam hard disk saya dahulu.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadat haji kepada mereka2 yang telah, sedang dan bakal pergi untuk musim haji tahun ini. Alhamdulillah salah seorang rakan sebaya saya bakal menjadi Hajjah bila pulang nanti. Semoga semuanya selamat pergi dan kembali hendaknya.
Lokasi : Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan[black/]
Wajah gembira Bak dan Ma sebelum keberangkatan
Tak kan baru nak cek pasport kot...
Sarapan pagi nasi kerabu power dari Pasir Mas, sumbangan Che Ani. Sempat juga kami makan walaupun dalam kelam kabut.
Bye... Selamat jalan. Bak dan Ma naik flight dari KB-KL, kat KL ramai juga yang tunggu diorang kat sana. Aku, Fizah dan Aini meneruskan perjalanan ke KL.
Lokasi : KLIA Airport
Bak dan Ma dah selamat pulang. Aku dan Fizah pergi sambut kat KLIA. Kak Na dan Abe Je pun ada sama. Tapi Kak Na dan Abe Je sekejap je kat sana, sebab nak settle hal imigresen sebab Kak Na baru je balik dari UK.
Ma dan Kak Na.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 24-Oct-2008 09:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gambar-gambar Raya 2008
|
|
Masih belum terlambat rasanya untuk aku letakkan gambar-gambar raya yang lepas. Lagipun raya kan sebulan, walaupun tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tahun ni semua ahli keluarga aku ada di Kelantan. Dapatlah kami bersama-sama merayakan hari yang mulia ini setelah berpuasa selama sebulan. Aku gembira kerana dapat berkumpul bersama mereka. Kepulangan Kak Na setelah tamat pengajian PHD di UK menambahkan bilangan keluarga kami dengan ahli-ahli barunya.
Untuk raya yang lepas, aku pulang ke kampung bersama Aini dan Amin. Nasib baik ada mereka berdua sebagai peneman. Kucing kesayangan aku, Arong, pun ikut sama. Agak bising dia untuk sementara waktu. Mungkin tak biasa dengan bau Aini dan Amin. Kalau Fizah ada, dia lah yang akan menenangkan Arong. Agak sukar untuk aku berbuat sedemikian, dalam keadaan aku yang sedang memandu. Aku buat tak tahu saja, lama kelamaan diamlah dia.
Raya tahun ni aku, Kak Ti dan Ma sibuk di dapur macam biasa. Kami masak nasi minyak, dalca, ayam goreng pedas, pajeri nenas dan lain-lain untuk dijamu pada hari raya pertama. Aini, Azim, Amin dan Aida pula menolong Tok Baknya menyiapkan sate. Bak cukup suka makan sate dan setiap tahun dia biasanya akan buat tempahan. Tapi tahun ni awal-awal bulan puasa lagi Bak dah rancang nak buat sate sendiri. Aku iya kan sahaja asalkan dia bahagia. Dan bukan hanya Bak yang sukakan sate, sebab aku pun suka kan sate. Kalau tak ada sate, rasa macam tak raya lah.
Hari raya keempat, aku pulang ke KL bersama Aini dan Amin. Tapi aku silap timing lah. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa 8 jam, terpaksa aku lalui tambahan 6 jam lagi menjadikan jumlah perjalanan 14 jam lamanya. Semuanya gara-gara berkebetulan ramai yang pulang pada waktu yang sama. Aku sangkut kat Machang 4 jam lamanya. Perjalanan KB-Kuala Krai sepatutnya sejam tapi aku harungi selama 6 jam. Tension, memang tension. Nasib baik kereta aku auto, kalau manual mau bengkak kaki. Aku sampai Kota Damansara pukul 2.30 pagi. Rasa nak ting tong kepala aku. Terus aku tidur tanpa was was.
Itu lah saja cerita raya kali ni. Nanti aku cerita lagi pasal benda lain. Kalau sempat lah, insyaAllah.
Tiada dalam gambar : Aida, Kak Na dan keluarga Abe Je
Aida, anak dara Kak Ti. SPM akhir tahun ni dah ready ke ?
Anak bujang Abe Mi dah besar panjang
budak tembam yang makin comel
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jul-2008 07:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
mari kita memuat turun gambar lama kembali
|
|
agak lama saya tidak meletakkan gambar di fp ni. sunyi sepi jadinya. apa pun alasan, buang karan aja memberitahunya. jom kita tengok gambar2 dari album saya.
aquaria klcc
beberapa bulan lepas saya ke aquaria klcc. pertama kali saya ke sana. mahal juga bayaran masuknya. tapi sebab saya belanja untuk diri sendiri, apa salahnya kan. saya beratur agak panjang untuk membeli tiket, bermakna tempat ni mendapat sambutan jugak terutama dimusim cuti am. dalam aquaria bukan saja ada ikan2. binatang2 lain pun ada, terutama binatang yang hidup didalam hutan.
buat masak lemak boleh tak ikan ni ? hehe..
adam
adam sekarang dah besar. bulan oktober nanti genaplah adam 2 tahun. adam dah gumuk. eeee... lamanya tak jumpa adam. tetiba rasa rindu pada adam.
bak dan ma di sutera beach resort
bulan mei lalu saya balik kampung sambil melawat bak dan ma. sempat lah juga saya belanja mereka menginap disutera beach resort sempena harijadi bak yang ke 73. nak beli barang tak tau dah nak beli apa. asyik2 baju. berlambak baju bak kat rumah tu. tahun depan, insyaAllah panjang umur dan dimurahkan rezeki, saya ingat nak bawak bak dan ma jalan2 lagi lah. tapi kena pilih destinasi yang dekat sebab bak dah tak larat nak jalan jauh.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Feb-2008 05:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti-cuti Bandung 2008 - part 2
|
|
Lamanya tak update... sorry ya untuk sesiapa yang menunggu... ok, mari kita sambung...
Hari kedua kami di Bandung, kami disediakan sarapan pagi oleh hotel. Makan nasi kuning dan teh manis. Sedap juga dan boleh la buat alas perut. Selesai sarapan, kami cuba naik van yang dinamakan Angkutan untuk ke Pasar Baru. Mula2 tu agak takut nak naik Angkutan nih, takut kena tipu lah sebenarnya. Berpandukan itenary yang telah siap sedia di print, kami naik je Angkutan tu. Sampai satu simpang, pemandu tu tanya, "mau ke mana bu?" Kami pun jawablah ke Pasar Baru. Alamak, rupanya Pasar Baru dah lepas tadi. Maka kami kena lah jalan kaki sikit untuk ke Pasar Baru. Ramai betul orang di kawasan ini. Agak berhati2 dengan beg yang kami sandang.
Di Pasar Baru memang syurga membeli-belah untuk kaum2 wanita. Siapa yang suka shopping kain2, baju dan telekung memang boleh gila lah jadinya. Aku dan Fizah hanya shopping untuk family sahaja, seperti telekung dan t-shirt untuk adik2. Kami balik ke hotel naik Angkutan untuk berehat.
Setengah jam kemudian, kami menuju ke Kedai Makan Ampera yang bersebelahan dengan hotel. Wah makanan sunda nih tak ada kuah, tapi sedap dan murah sangat2. Aku sukakan tempe dia. Memang kaw giler ! Kemudian kami berjalan kaki menuju ke Kebun Kelapa. Lebih kurang macam Pasar Baru, tapi aku tengok harganya mahal sedikit. Kami tak beli apa2 pun kat sini.
Dari Kebun Kelapa, kami naik Angkutan menuju ke Jalan Dago yang terkenal dengan Factory Outletnya. Wah... Memang best jalan2 kat FO nih. Naik juling biji mata. Sempat juga membeli beberapa T-shirt untuk diri sendiri dan singgah di Amanda untuk membeli brownies yang istimewa sebagai ole-ole.
Kami naik Angkutan ke hotel, tapi tersalah jalan lah pulak. Bayar lebih sikit lah. Sempat lagi kami singgah K-Mart yang terletak berdekatan dengan hotel dan membeli roti keju serta Jamur Goreng Crispy (jamur = cendawan). Balik hotel, memang penat sangat dan tidur sajalah...
...bersambung...
inilah Angkutan Kota yang popular
dari dalam Angkutan
pemuzik jalanan, peminta sedekah, penjual barangan akan menghampiri Angkutan untuk meminta belas
Bandung yang sentiasa crowded
sedap bangat bu makanan sunda ini...
|
|
|
|
|
|
| Friday, 25-Jan-2008 08:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Cuti-cuti ke Jakarta-Bandung 2008 - part 1
|
|
16 Januari lepas aku dan Fizah selamat sampai ke Jakarta setelah 3 bulan merancang percutian kami ke sana. Aku yang sebelum ni agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat, rasa lepas tension jugak lah sebab dapat bercuti dengan tambang murah nih.
Kami pergi selama 4 hari 3 malam. 15 Januari tu kami dah hantar Arong ke hostelnya di TTDI. Agak sedih meninggalkan Arong di petshop tu, tapi apa nak buat. Kalau boleh bawak, kami akan bawak. Malam tu kami tumpang tidur di rumah kawan di Kerinchi sebab esoknya pagi2 kami akan ambil teksi ke KL Sentral untuk menaiki bas pula ke LCCT.
Pagi 16 Januari, selepas solat subuh, aku dan Fizah dengan backpack dibahu, lagak seperti peserta Amazing Race, memulakan perjalanan kami. Teksi amat mudah di Kerinchi, begitu juga bas di KL Sentral. Sampai di LCCT kami breakfast roti yang dibeli semalam.
Flight kami pukul 9.50am dan kami sampai ke Jakarta jam 1050am waktu Indonesia. Kenapa turun Jakarta bukan di Bandung ? Aku sebenarnya ingin menjejakkan kaki ke Jakarta, tetapi mahu jalan2 di Bandung. Maka, sampai sahaja kami di airport, kami diserbu oleh pemilik2 teksi untuk mendapatkan pelanggan. Agak menyerabutkan, dan kami tolak layanan dengan lembut. Kami hanya memilih teksi Bluebird yang bermeter untuk meneruskan perjalanan ke Stasiun Gambir, Jakarta. Sampai disana kami beli tiket keretapi kelas esekutif, Argo Gede, dengan tambang lebih kurang RM28 ke Bandung. Kami terus menikmati makan tengahari Bakso Spesial dan Teh Botol amat yang popular di sana. Sedap bangat bu !
Banyak benda baru boleh kami lihat melalui perjalanan ini. Rumah dan kedai yang amat dekat dengan landasan keretapi, kanak2 yang tak takut melintas landasan, pemandangan sawah padi huma yang begitu menakjubkan, perjalanan keretapi diatas landasan tergantung dan pelbagai macam lagi. Memang aku rasa tak rugi dengan bayaran tambanga serta perjalanan 3 jam dari Jakarta ke Bandung ini.
Sampai di Bandung, jam sudahpun menunjukkan pukul 5.30pm. Kami ambil teksi ke hotel dan berehat sebentar. Selepas merehatkan badan, kami terus jalan2 disekitar hotel. Ada pula pasar malam dikawasan sekitar tu. Ramai penjual dari pembeli. Dan juga ramai pengemis, terutama kanak2. Kesian memang kesian, tapi kami keberatan untuk memberi takut pula nanti akan diserbu oleh sedozen pengemis lain. Maka kami terus naik ke yogya mall untuk menikmati makan malam. Harga agak reasonable, maklumlah makan kat mall. Kami juga sempat membeli air mineral dan jajan lain sebagai bekalan di hotel. Kaki dah pun lenguh, badan dah pun penat, kami terus pulang ke hotel untuk berehat.
Tunggu sambungan seterusnya.......
dalam flight
jakarta dari atas
bakso yang sedap dan teh botol yang popular
dalam keretapi Argo Gede yang selesa
dari dalam dalam keretapi
makan malam di yogya mall, mee dan air avocado
|
|
|
|
|